Projek Pembinaan Surau An-Nur

Projek Pembinaan Surau An-Nur

Rakan Seperjuangan

Tuesday, January 27, 2015

Entah Mengapa...

Bismillahirrahmanirrahim...

Pejam celik, pejam celik, Januari 2015 sudah berada di penghujung. 
Pantas sungguh masa berlalu dan usia kita di dunia pula semakin berkurang.
Entah mengapa mood menulis aku jatuh merudum beberapa bulan terakhir tahun lepas. 
Nak kata tiada idea, banyak je simpanan draf yang aku upload tapi ia hanya kekal sebagai draf sahaja sehingga ke hujung tahun...
Azam aku tahun ini adalah untuk kembali aktif menulis. 
Menulis apa sahaja yang terlintas di fikiranku sama ada pengalaman sendiri atau pemerhatian tingkah orang sekeliling atau mungkin sekadar berkongsi kata2 hikmah atau motivasi yang kukutip dari pelbagai sumber. 
Ya, itu antara hobi aku sebenarnya. Mengumpul kata2 hikmah sebagai koleksi untuk dibaca pada waktu senggang. 


Semoga kali ini aku lebih konsisten merealisasikan azam ini. 
Sejujurnya cabaran paling besar adalah Facebook. 
Kadang2 lebih mudah untuk upload dan berkongsi cerita di situ tetapi lama kelamaan aku merasa bosan. 
Sudah tiada nilai ekslusiviti di situ. 
Bersepah2 dan berlonggok2 dengan pelbagai perkara yang kekadang menyemakkan kepala dan mata. 
Lalu aku kembali ke pangkal jalan, blog. 
Aku rasa lebih selesa dan wujud sedikit elemen privasi di sini. 
Ya, setidak2nya itu apa yang aku rasa. 

Selamat menempuh bulan2 seterusnya di tahun 2015 dengan penuh ketabahan!