Projek Pembinaan Surau An-Nur

Projek Pembinaan Surau An-Nur

Rakan Seperjuangan

Thursday, June 19, 2014

Balas Dendam

Bismillahirrahmanirrahim...


Hidup ini sentiasa punya 2 sisi yang saling bergandingan. 
Justeru hidup menjadi lebih dimengerti.
Jika hilang 1 sisi, perjalanan hidup bisa jadi pincang.
Siang sisinya malam.
Suka sisinya duka.
Baik sisinya buruk. 
Gembira sisinya sedih. 
Dan banyak lagi...
Yang pasti, tiada yang tunggal kecuali Dia.

Hari ini sesi balas dendam.
Caramel latte panas dan Super cocoa sejuk saling bergandingan.
Puas hati! 

Tuesday, June 10, 2014

Saya Nak Sihat

Bismillahirrahmanirrahim...

Rasa sangat seronok sebab dapat keluarkan peluh dengan jogging sejauh 3.5 km petang tadi. Kali terakhir jogging adalah 2 hari lepas sewaktu di kampung bersama keluarga. Dah macam ketagih pula rasa bila dah konsisten jogging tiap2 petang. Sebelum ini memang jogging juga tapi macam biskut chipsmore. Kejap rajin, kejap malas. 


Tau tak kenapa saya tiba2 rasa bersemangat nak jogging? Rasanya ada cerita dalam entri sebelum ini (malas nak cari) yang tanpa sedar, berat saya dah turun sebanyak 10 kg dalam tempoh 7 bulan. Serius badan rasa sangat ringan dan pergerakan pun semakin laju. Paling jelas, hampir semua seluar dan baju jadi longgar. Jadi ada alasan untuk beli stok baju baru kan? Hehe.

Bila fikir2 balik, pelik pun ada juga. Bila saya gigih dan beria nak turunkan berat badan, kesannya tak seberapa dan itu yang buat saya kecewa. Tapi bila saya biarkan saja, teruskan jogging, kurangkan makan nasi, tanpa sedar berat turun mendadak. Gembira tak terkata bila lihat hasilnya. Nawaitu cuma satu, supaya mudah beribadah. Pengajaran yang saya dapat adalah sabar dan istiqomah bila buat sesuatu perkara. Tiba masanya, Allah akan bagi pada kita. Jangan putus asa jika apa yang kita nak gagal kita capai. Allah tahu masa yang terbaik. 

Kalau larat, saya cadang bulan puasa nanti pun nak teruskan aktiviti jogging sebelum berbuka puasa. Jom istiqomah!