Projek Pembinaan Surau An-Nur

Projek Pembinaan Surau An-Nur

Rakan Seperjuangan

Sunday, May 18, 2014

Masak2 CKway

Bismillahirrahmanirrahim...

Dah agak lama juga dapur tak berasap. Alasan? Kalau masak banyak2 tapi tak habis, membazir juga. Beli barang2 dapur dan tak habis guna sampai rosak, membazir juga. Jalan mudah, tapau je tapi lama2 teringin juga nak makan masakan sendiri. Lagipun mudah je sebenarnya nak buat, tinggal pilih rajin atau malas je. Akhir2 ini saya selalu tapau sandwic Subway sebab lokasinya yang strategik iaitu dalam perjalanan saya pulang ke rumah. Senang. Singgah, beli dan teruskan perjalanan. Tak perlu nak pusing balik. Bagus juga amalan makan sederhana ini, sebab tanpa saya sedar, hampir 10 kg berat badan dah turun dalam beberapa bulan sahaja. Masa kawan2 tegur badan dah susut, saya abaikan je sebab bagi saya rasa biasa je tapi bila seluar dah banyak yang longgar, peliklah juga. Yelah, dah beberapa tahun memang berat badan statik je kecuali masa saya sakit teruk 2 tahun lepas, memang turun mendadak tapi tak kekal lama pun. Lepas pulih, selera makan macam biasa dan berat pun kembali naik. 

Kali ni memang saya terkejut. Biar betul. 10 kg kot. Banyak tu. Saya hanya timbang lepas kawan baik, Shar, yang datang dari Penang, tegur yang saya nampak lain. Mula2 saya gelak dan jawab, "Mana ada? Macam biasa je," sambil gelak2. 

Balik rumah, hati saya terdetik nak timbang. Dah lama juga penimbang tu saya abaikan kewujudannya di sudut dinding. Sekali bila saya naik penimbang, mata saya macam tak percaya je tengok jarum tu berhenti di angka 6*. Sebelum ini memang angka 7* je. Terus saya rasa semangat nak turunkan lagi dan ia rupanya tidak mustahil untuk dibuat. Rupanya baru saya perasan. Beberapa bulan kebelakangan ni, saya kurang makan malam. Kalau saya makan pun memang pada kuantiti yang sangat minima dan kadang2 tak ambil langsung. Saya rela tidur dalam keadaan lapar tapi tabiat saya, pagi2 memang kena makan sesuatu. Tak boleh perut kosong, nanti dah sampai tahap menggigil memang susah. 

Jadi, sebab saya dah jemu (sementara je kot) nak ke Subway, saya pun borong barang dapur masa balik dari kerja tempohari. Bajet2 beli untuk boleh masak seminggu cukuplah terutama untuk sahur. Pada saya, sahur sangat penting. Mengantuk macamana pun saya akan bangun untuk sekurang2nya makan kurma dan minum air kosong. Kalau ada air coklat lagi bagus. 


Sandwic di atas tu saya letak kepingan ayam, timun jepun, tomato, kepingan keju, salad, mayonis dan sos cili. Cadangnya nak letak minyak zaitun tapi tak jumpa masa memborong di kedai. Mungkin lepas ini akan cari minyak tu di kedai lain. 


Ini pula mee goreng. Saya guna mee yang dicelur dan tumis rempah sendiri. Agak tak gemar dengan perencah segera itu. Rela tumis rempah sendiri. Lagipun tak susah mana pun. Campak2 bawang, gula, garam, dah siap. Lepas tu pecahkan sebiji telur dan goreng rata. Dimakan berulam sayur salad, tomato dan sos cili. Saya ni sebenarnya memang hantu tomato. Dari dulu memang penggemar tomato tapi hairan kulit tak mulus sangat haha. 


Hari ini buka peti ais tengok ada bebola ikan. Dah agak lama jugalah bebola tu bertapa dalam peti tu. Rasanya dah cukup tempoh bertapa dalam tu, jadi saya keluarkan dan campak dalam kuali. Mulanya saya cadang nak rebus je bebola tu dan cicah dengan sos tapi tiba2 datang idea nak masak sup. Periksa bahan2, semua ada. Ok, operasi masak sup bermula. Campak2 je semua bahan2 termasuk segala serbuk yang ada. Saya perasan saya ni kalau memasak main campak2 je, selalunya menjadi tapi bila menyukat beria segala bagai, mesti ada yang kurang. Jadi hari ni dengan yakin, main campak2 je. Nasib baik rasanya tak mengecewakan. Lagipun mulut sendiri juga nak makan kan. 


Kat atas tu segala serbuk yang saya tuang dalam sup yang saya namakan Sup Bebola CKway. Dah selamat dimakan sebentar tadi bersama nasi putih panas2 dan sambal ikan bilis pedas berasap. Baki masih ada tapi simpan untuk sahur pagi esok. 

Masak susah? Sebenarnya tak tapi kadang2 penyakit mim alif lam sin melanda huhu. 

Selamat berhujung minggu! (Esok Isnin? Huhu) 

No comments: