Projek Pembinaan Surau An-Nur

Projek Pembinaan Surau An-Nur

Rakan Seperjuangan

Friday, May 23, 2014

Konvo AyahChik dan Restoran Aroma Hijrah

Bismillahirrahmanirrahim...

11 Mei 2014 - Selamat hari ibu. Tarikh yang sama juga berlangsungnya majlis Konvokesyen AyahChik dianugerahkan ijazah sarjana. Bila berada di majlis ini, terasa masih baru lagi saya menjalani konvokesyen sendiri padahal ia sudah berlaku pada tahun lepas. 

Konvokesyen kali ini agak berbeza kerana Abah Ummi tidak dapat menghadirinya seperti majlis2 sebelum ini. Atas faktor kesihatan, Abah Ummi tidak dapat datang lebih awal ke sini. Mujur juga MakTeh secara sukarela bersedia untuk pulang mengambil Abah Ummi dan membawa mereka ke sini. Meskipun mereka tiba hanya selepas majlis selesai, ia sudah cukup menggembirakan kami kerana sempat untuk berfoto bersama. 

Memandangkan Abah Ummi tidak dapat hadir semasa majlis tersebut, isteri AyahChik mengambil tempat di dalam dewan menggantikan mereka. Saya pula telah diminta datang lebih awal untuk menjaga Qaisara sepanjang majlis berlangsung kerana anak2 kecil tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam dewan. 

Majlis kali ini diadakan di dewan yang baru siap iaitu Dewan Agung Tuanku Canselor (DATC) dan bukan lagi di Dewan Sri Budiman seperti sebelum ini. Sebenarnya ini bukanlah konvokesyen yang pertama yang dihadiri di sini. Bayangkan 2 orang abang saya juga turut tamat pengajian di sini sebelum ini iaitu di peringkat diploma dan ijazah. Untuk majlis mereka sahaja, sudah 4 kali kami hadir dan kemudian kali ke 5 dan 6 sewaktu majlis konvokesyen AyahChik, juga di peringkat diploma dan ijazah. Bermakna ini kali ke-7 kami menghadiri majlis konvokesyen di sini. 

Belajar rajin2 tau Sara

Sesi AyahChik merupakan sesi pertama dan di sebelah pagi. Lega rasanya walaupun cuaca agak panas sementara menunggu majlis selesai. Mujurlah Qaisara senang dijaga kerana tidak banyak kerenah tapi untuk menghilangkan kebosanan, saya bawa dia berjalan2 di kawasan sekitar. Apabila dia mengantuk, saya terpaksa membawanya masuk ke dalam kereta kerana cuaca yang agak panas membuatkan dia tidak berapa selesa. Sebenarnya saya juga tidak berapa selesa kerana cuaca memang agak terik tapi ia lebih baik daripada hujan. 

Qaisara dan Papa

PakSoo dan keluarga pula tiba sekitar jam 11 pagi dan memang menjadi rezeki, ada sebuah kereta yang meninggalkan kawasan parkir berhampiran kereta saya. Lalu saya maklumkan kepada PakSoo untuk parkir di situ supaya memudahkan pergerakan kami. Sementara itu, MakTeh dan Abah Ummi sudah memasuki tol Gombak dan sedang dalam perjalanan menuju ke UiTM Shah Alam. Majlis tamat sekitar jam 12 tengahari dan kami hanya sempat berfoto seketika sahaja sebelum membuat keputusan untuk beredar kerana cuaca yang agak panas dan juga untuk mengelakkan kesesakan trafik dengan graduan sesi pagi dan graduan sesi petang yang sudah mula mendaftarkan diri. 



Manakala MakTeh, Abah Ummi, BaMa dan keluarga juga sudah tiba di kawasan UiTM Shah Alam tetapi kami memutuskan untuk makan tengahari terlebih dahulu. Pilihan saya sudah tentu nasi arab (hehe) dan kali ini saya mengajak mereka mencuba nasi arab di Restoran Aroma Hijrah yang terletak di TTDI Jaya. Sengaja saya pilih tempat yang sedikit jauh dari Shah Alam kerana untuk mengelakkan kesesakan dengan keluarga2 lain yang turut datang meraikan majlis konvokesyen ahli keluarga masing2. Kewujudan tempat ini saya temui melalui Internet dan komen2 positif yang diberikan oleh pelanggan2 yang pernah menikmati hidangan di situ, membuatkan saya tergerak untuk turut mencubanya. Berpusing2 juga buat seketika mencari lokasi restoran tersebut tetapi pencarian kami ternyata berbaloi. Keluasan restoran yang mampu menempatkan jumlah pelanggan yang ramai dan dilengkapi dengan penghawa dingin. Memang penuh tapi mujur masih ada ruang untuk kami sekeluarga. 

Menu
Kami pesan 2 set hidangan di dalam dulang (ayam dan kambing) dan ia memang mencukupi untuk kami malah berlebihan sehingga terpaksa dibungkus. 

Skala? Ya, saya bagi 8/10 untuk rasa hidangan dan suasana kedai tapi 7/10 untuk servis kerana ada minuman yang dipesan tidak diterima dan kami terpaksa bertanya beberapa kali sebelum mendapatnya. Mungkin juga kerana waktu tersebut adalah waktu puncak dan jumlah pelanggan sangat ramai. Wallahua'lam.

Kalau tak posing tak sah kan

Kami pilih hidangan di dalam dulang


Usai makan tengahari, kami solat Zohor di masjid (saya lupa namanya) yang terletak tidak jauh dari restoran tersebut. Sekitar jam 3.30 petang, kami beransur ke kedai gambar di Seksyen 7 untuk sesi fotografi. Kelihatan Abah Ummi masih letih selepas perjalanan jauh tetapi demi anak2, digagahkan jua kaki melangkah. Jenuh juga menunggu aksi2 yang benar2 sesuai untuk dibingkaikan terutama aksi kanak2 kecil. Aduhai, sabar jelah. 

Berlakon ambil feel

Foto keluarga

Ini gambar semasa majlis konvokesyen saya pada tahun lepas dan kami sengaja merancang untuk memastikan gambar yang sama diambil semasa konvokesyen AyahChik. I'm speechless. Sejak dari kecil, ramai yang cakap muka kami seiras. Mungkin ya tapi saya rasa muka kami adik beradik memang semua seiras. Haha. 

2013 dan 2014

Meskipun kepenatan selepas seawal pagi bertolak dari rumah ke Shah Alam sehingga selesai majlis dan bersambung ke petang untuk aktiviti berfoto, saya gembira kerana dapat meluangkan masa bersama keluarga meraikan hari gembira. Walaupun Abah Ummi hanya tiba selepas majlis selesai, saya rasa mereka juga turut gembira dan berbangga dengan kejayaan AyahChik merangkul ijazah kedua. Pada akhirnya, yang paling penting bukanlah skrol/sijil yang dirangkul tetapi kebersamaan bersama insan2 tersayang di sepanjang perjalanan kehidupan ini. 

No comments: