Projek Pembinaan Surau An-Nur

Projek Pembinaan Surau An-Nur

Rakan Seperjuangan

Wednesday, May 21, 2014

It's A Grind, SS15

Bismillahirrahmanirrahim...

Sambungan dari entri ini. Saya pening mencari lokasi kedai telefon berpandukan alamat yang diperoleh daripada Internet. GPS pula bawa saya pusing2. Semua jalan sehala, jadi 2-3 kali juga pusing2 laluan sama. Tiba2 saya teringat kafe IAG kegemaran yang sering dikunjungi di Cyberjaya. Dah lama saya tahu yang mereka sudah buka cawangan kedua tetapi belum berkesempatan jejak kaki. Sebelum ini saya sudah mencarinya di Subang Jaya SS15 tetapi waktu sudah agak lewat dan saya hanya mengambil maklum kedudukannya sahaja. Malam itu disebabkan kepeningan mencari kedai telefon, saya ambil peluang untuk singgah di IAG. Wah, suasananya persis cawangan di Cyberjaya walaupun ruangnya agak kecil dan saya perasan perbezaannya terletak pada warna tema. Jika di cawangan Cyberjaya, warna temanya adalah hijau pucuk pisang, di cawangan ini warna temanya adalah biru. Menariknya, mesin pengisar kopi juga diwarnakan mengikut warna tema.



Tanpa banyak soal, saya pesan minuman kegemaran, Madagascar Vanilla Latte dan muffin coklat. Beberapa ketika saya menikmati aroma kopi dan mengisi perut dengan muffin sambil melepaskan kelelahan mencari kedai telefon yang belum ditemui.

Sekitar 10 minit melayan perasaan sambil menikmati hidangan, benak saya tersentak kerana tersedar dari kesilapan sendiri. Saya lupa meminta pertolongan Allah dalam pencarian ini. Astaghfirullahala'zim. Lalu saya perbetulkan niat dan meminta pertolonganNya agar membantu saya memenuhi hasrat untuk mencari kedai berkenaan dan membeli telefon baru untuk Abah. 

Saya nekad meneruskan pencarian dan berniat jika kali ini saya gagal menemuinya juga, itu bermaksud yang Allah belum mengizinkan saya untuk menyempurnakan niat itu. Allah Maha Mendengar. Dengan hanya sekali pusingan, saya memasuki lorong yang sebelum ini belum dimasuki langsung semasa berpusing2 tadi. Terpampang papan tanda kedai tersebut di depan mata tetapi saya agak terkejut melihat kerumunan manusia yang memenuhi kedai tersebut. Persis berada di pasar gayanya. Dalam hati terdetik,

"Kayanya orang Malaysia. Beli telefon macam beli ikan dan sayur je."

Syukur dengan mudah saya berjaya mendapatkan ruang parkir tidak jauh dari kedai tersebut. Kemudian pening pula bagaimana untuk urusan pembelian kerana kaunter dipenuhi dengan pelanggan lain. Langsung tiada ruang untuk menyelit. Kecewa dengan keadaan tersebut tapi rugi juga jika berpatah balik kerana bukan senang untuk sampai ke sini. Tiba2 terbuka satu ruang kosong di kaunter dan saya terus menyelit masuk. Lebih mujur apabila penjual terus memenuhi permintaan saya dan segala urusan selesai tidak sampai 15 minit. Bila diingat2kan balik, betapa lemahnya manusia. Mudah benar melupakan kepada Dia yang senantiasa menunggu untuk memenuhi permintaan hamba2Nya. 

No comments: