Projek Pembinaan Surau An-Nur

Projek Pembinaan Surau An-Nur

Rakan Seperjuangan

Friday, May 23, 2014

Genap 60 Tahun

Bismillahirrahmanirrahim...

3 Mei 2014 - Usia Ummi genap mencecah 60 tahun. Saya dan adik2 pula kebetulan berkelapangan untuk pulang meraikannya di kampung bersama Abah Ummi. Di samping itu, hari lahir adik ipar, Izzah dan anak saudara, Izzani juga diraikan bersama meskipun pada tarikh berlainan tetapi berdekatan. Kepulangan kami juga sebenarnya kerana risaukan keadaan Abah Ummi yang masih belum pulih sepenuhnya sejak kami pulang menunaikan umrah pada bulan lepas. 

Sengaja juga kami jemput MakSoo, adik Ummi, yang tinggal berdekatan untuk turut sama memeriahkan majlis kecil2an ini. Untuk hidangan, menu wajib sudah tentulah kek dan saya tempah sate kegemaran kami di gerai yang terletak berhampiran Pantai Teluk Lipat. 



Hidangan lain pula kami tempah pizza di Pizza Hut. Di sini pun berlaku juga satu insiden yang kurang menyenangkan apabila tempahan kami telah diberikan kepada pelanggan lain sedangkan kami sudah memaklumkan waktu pengambilan sewaktu membuat tempahan lagi. Disebabkan kesilapan staf tersebut, kami terpaksa menunggu semula tempahan kami siap walaupun saya agak kecewa dengan tindakan pengurus di situ yang tidak memandang serius kes2 sebegitu. Untuk tidak merosakkan kegembiraan kami, saya terus berlalu dan membiarkan mereka menyiapkan tempahan baru yang dijanjikan. Hairan sungguh dengan sikap sesetengah peniaga apabila berdepan dengan kesilapan di pihak mereka tetapi tidak bersungguh2 menampakkan keinginan untuk memperbetulkan kembali keadaan. 



Acara bacaan doa oleh Abah dan potong kek bermula selepas kami solat Isyak. Puas hati melihat senyuman di wajah Ummi saat dikelilingi ahli keluarga. Semoga Ummi akan terus diberikan kesihatan yang baik dan dipanjangkan usia dalam keberkatanNya jua agar kami sempat berbakti kepada keduanya dengan sebaik mungkin walau kami tahu jasa2 mereka membesarkan kami tak mungkin mampu dibalas sehingga akhir hayat kami. 

No comments: