Projek Pembinaan Surau An-Nur

Projek Pembinaan Surau An-Nur

Rakan Seperjuangan

Monday, May 19, 2014

Bila CK Jumpa DK

Bismillahirrahmanirrahim...

26 April 2014 - Seminggu sebelum itu Shar sudah maklumkan kepada saya yang dia bakal datang ke KL, menemani suaminya. Terharu rasanya bila kawan baik menghubungi kita dan ingin berjumpa. Agak lama juga saya tidak bersua dengan Shar. Kali terakhir kami berjumpa di Alamanda sewaktu Shar sedang sarat mengandung. Kami bertemu di Alamanda kerana Shar menginap di Hotel Everly. Gigih saya datang dari pejabat di Kuala Lumpur kerana ketika itu saya masih bertugas di sana. Lebih melucukan, pada hari itu saya berpuasa dan hanya Shar seorang yang makan. Haha. Takpelah, kawan punya pasal, saya ok saja. 

Tidak lama kemudian saya dapat berita yang Shar sudah selamat melahirkan bayi perempuan dan diberi nama Dhia Khadijah. Alahai, sedap namanya. Justeru, bila Shar memberitahu ingin berjumpa sementara suaminya menghadiri majlis alumni sekolah, saya tiada halangan. Malah saya tiada masalah untuk menjemput Shar di lokasi majlis dan kami ke IOI Mall untuk bersembang. 


Semacam ada rasa tidak percaya pun ada juga melihat Shar sudah bergelar seorang ibu. Banyak kenangan suka duka antara kami berdua, sama ada dari segi pekerjaan mahupun peribadi, sejak mula berkenalan di pejabat lama. Siapa sangka persahabatan kami berlanjutan sehingga hari ini dan saya berdoa semoga ia akan terus terjalin sampai bila2. 

Hampir seharian kami bersembang sehingga akhirnya berpisah pada jam 6 petang. Shar dan keluarga meneruskan perjalanan ke Muar sementara saya ke Subang Jaya, memenuhi misi membeli telefon baru untuk Abah. 

Apapun, saya bersyukur atas anugerah persahabatan daripadaNya ini dan saya berdoa semoga Shar dan keluarga akan senantiasa berada di dalam rahmatNya jua. 

No comments: