Projek Pembinaan Surau An-Nur

Projek Pembinaan Surau An-Nur

Rakan Seperjuangan

Friday, May 23, 2014

Biji Kopi, Bangi Gateway

Bismillahirrahmanirrahim...

Kisah ini sudah berlaku beberapa minggu yang lalu tapi baru sekarang saya berpeluang menukilkannya. Semua bermula apabila saya terbaca komen seorang rakan di Instagram tentang tempat makan baru ini. Kata beliau ia milik kenalannya sendiri lalu saya memasang niat untuk mencubanya juga. Sasaran utama sebenarnya adalah untuk mencuba rasa minuman kopi di situ sesuai dengan nama kedainya. 

Untuk memenuhi hajat itu, saya mengajak 2 orang rakan untuk turut serta mencuba hidangan di situ. Lalu kami ke lokasi premis yang terletak di Bangi Gateway, Bandar Baru Bangi. Walaupun nama premis tersebut seperti sebuah kopitiam, saya dapati hidangan menunya lebih kepada restoran masakan Melayu biasa. Ok, tidak mengapa kerana sasaran saya adalah kopi. 

Dengan penuh keterujaan, kami memesan hidangan masing2. Secara kebetulan, waktu itu saya betul2 teringin memakan petai lalu saya memesan sambal udang petai. Rakan saya pula memesan nasi briyani ayam sementara seorang lagi hanya memesan minuman sahaja. 


Nama tidak menggambarkan hakikat

Oleh kerana suasana agak lengang kerana ia hari kedua premis beroperasi, hidangan kami tiba tidak lama selepas itu. Berselera saya melihat warna hidangan tetapi selera sedikit terbantut apabila merasai kemanisan dan kepedasan yang agak terlebih. Saya masih mendiamkan diri sahaja dan cuba menikmati hidangan tersebut seadanya tetapi apabila saya dapati hidangan yang diberikan seperti kekurangan sesuatu, saya panggil salah seorang pelayan di situ,

"Adik, akak order sambal udang petai tapi kenapa tak ada petai?" tanya saya kepada pelayan tersebut. 

Dengan muka kehairanan, pelayan tersebut menjawab,

"Iya ke akak? Sekejap saya tanya bahagian dapur."

Hairan juga bagaimana dia tidak tahu sedangkan dia yang ambil pesanan dan premis hanya dimuati oleh kami dan beberapa orang pelanggan lain sahaja. Saya masih boleh bersabar lagi. Beberapa ketika, pelayan tadi muncul kembali.

"Sorry kak, tukang masak cakap petai habis."

Ok, suhu badan sudah naik sedikit tetapi masih cuba menahan diri dari marah.

"Habis tu kenapa tak bagitau awal2 yang petai tak ada? Mungkin saya boleh tukar pesanan lain," ujar saya dengan nada yang agak tidak puas hati. 

"Maafkan saya kak, saya tak tahu," balas pelayan tadi dengan riak wajah agak cuak. 

Sambal udang petai TANPA petai

Tidak sampai hati melihat perubahan wajah pelayan itu, saya meneruskan makan hidangan tetapi tiba2 rakan saya yang memesan nasi briyani pula bersuara,

"Eh, ayam ni tak masaklah. Merah lagi isinya."

Saya panggil pelayan tadi sekali lagi lalu melaporkan keadaan itu kepadanya. 

Suhu badan? Naik lagi, aduhai. 

Pelayan itu ke bahagian belakang lagi. Agak saya dia melaporkannya kepada mungkin majikan atau penyelia bertugas. Kemudian muncul lagi menghampiri meja kami.

"Kak, bos saya suruh ambil ayam ini. Kami boleh gantikan dengan hidangan baru," jelas pelayan tersebut.

Rakan saya enggan menerima hidangan baru kerana satu, sudah patah selera dan kedua, takkan larat nak habiskan hidangan kedua pula. Saya sudah mula kecewa dengan servis mereka. Lebih mengecewakan ini hari kedua mereka beroperasi tetapi tidak menampakkan kesungguhan untuk melayan pelanggan. Tidak rugi rasanya jika majikan/penyelia datang bertemu kami mendapatkan maklumbalas setelah apa yang kami lalui tadi. Serius, saya juga sudah patah selera. Lebih2 lagi saya yang mengajak mereka ke situ. Cubaan merasa minuman kopi juga mengecewakan kerana ia hanya bancuhan biasa sahaja dan bukan menggunakan mesin pengisar kopi. 

Lalu kami meminta bil daripada pelayan tapi sengaja saya mengambil bil tersebut dan ke kaunter untuk bertemu dengan majikan yang berada di situ.

"Kena caj harga sama juga ke? Hidangan saya petai takde. Hidangan kawan saya pula ayam tak berapa masak," tanya saya.

Dengan riak wajah seolah2 tidak senang dengan pertanyaan saya itu, majikan tersebut menjawab,

"Sama juga."

Saya jelaskan lagi yang sepatutnya mereka maklumkan kepada saya jika hidangan yang diminta tidak lengkap dan sama ada saya ingin menukar hidangan atau tidak. Ini tidak, diteruskan juga walaupun hidangan tidak sempurna. Kemudian tiada pula inisiatif untuk damage control. Memang saya pangkah premis ini. Datang lagi? Tak mungkin! 

Saya doakan premis mereka terus maju dan segera perbaiki kekurangan jika ingin terus berkembang. Prinsip saya mudah. Hidangan biasa2 akan jadi sedap jika layanan yang diterima baik tetapi menjadi sebaliknya jika layanan buruk diterima. 

Yang pasti, nama premis ini TIDAK menggambarkan servis sebenar yang mereka sediakan. 

No comments: