Projek Pembinaan Surau An-Nur

Projek Pembinaan Surau An-Nur

Rakan Seperjuangan

Sunday, May 18, 2014

Bekam

Bismillahirrahim...

Kali terakhir saya berbekam adalah pada bulan Januari tahun ini. Patutlah badan rasa kurang selesa sebab memang rutin saya berbekam setiap 1-2 bulan. Kalau tak, badan mesti rasa macam ada yang tak kena. Hari ini saya nekad untuk berbekam dan urut juga. Keutamaan sebenarnya untuk berurut kerana sakit urat belikat. Sudah beberapa hari saya menahan sakit setiap kali ingin berbaring atau menyandarkan badan. Sangka saya rasa sakit ini akan hilang selepas beberapa hari tetapi makin lama makin terasa sakitnya. Malah saya juga hairan punca saya mendapat sakit urat ini. Bila berborak dengan rakan2 sepejabat, baru saya perasan yang sakit ini berpunca daripada bermain boling tempohari. Itulah padah bermain bersungguh2 tanpa latihan selepas beberapa lama tidak bermain. Mujur juga kumpulan kami menjadi juara. Tidaklah rasa terkilan sangat. 

Malam tadi saya sms Aini, pemilik pusat bekam yang sering saya kunjungi di Bandar Baru Bangi. Alhamdulillah ada kekosongan untuk hari ini pada jam 4 petang. Selalunya memang agak susah untuk dapatkan slot kerana pusat bekam untuk wanita tidak banyak di sekitar kawasan ini dan kadar yang dikenakan juga pada saya, agak berpatutan kerana saya pernah dikenakan caj yang jauh lebih mahal di tempat bekam lain. Kadar di sini adalah RM5 per cup. 2 jenis pakej ditawarkan iaitu pakej biasa mengunakan 10 cup dan pakej overhaul menggunakan 24 cup.

Saya memang pelanggan yang agak cerewet bila berdepan soal servis sebab saya rasa menjadi peniaga kena jujur. Selagi saya tidak berdepan dengan apa2 masalah dengan mereka, saya akan terus setia mengunjungi tempat mereka. Malah kalau ada pun masalah kecil, saya masih boleh terima jika mereka sudi mendengar komen daripada pelanggan dengan baik. Konsepnya mudah. Jika sekali saya berdepan dengan ketidakikhlasan mereka melayan pelanggan, ia bakal jadi kunjungan yang terakhir. Jika ia kunjungan pertama maka ia bakal jadi kunjungan terakhir. 

Urut selama 1 jam dan untuk bekam saya ambil pakej overhaul sebanyak 23 cup. Sepatutnya 24 cup tapi saya takut untuk bekam di kepala. Proses bekam memakan masa hampir 40 minit dan segalanya selesai sebelum jam 6 petang. Sempat juga saya tumpang solat Asar di sini. Oh ya, antara salah satu sebab saya selesa datang ke sini kerana tempat ini memang dikhususkan untuk wanita sahaja. Jadi agak mudah menjaga aurat di sini. 



Selesai urusan, perut pula terasa lapar. Sebenarnya saya sudah ada tempat sasaran untuk makan sebelum datang ke sini lagi. Di mana? Tunggu entri seterusnya :)

No comments: