Projek Pembinaan Surau An-Nur

Projek Pembinaan Surau An-Nur

Rakan Seperjuangan

Saturday, January 25, 2014

Lawatan Ke Istana

Bismillahirrahmanirrahim...

12 Januari 2014 - Sudah lama hati saya terdetik untuk melawat Muzium DiRaja iaitu sejak masih cuti belajar tetapi niat hanya tinggal niat sahaja. Akhirnya apabila Abah Ummi datang, saya nekad mengajak adik2 turut serta membawa Abah Ummi ke situ. Malah saya turut mengajak mereka ke Istana Negara yang baru untuk melihat istiadat pertukaran pengawal. Idea itu timbul selepas melihat salah seorang kawan FB memuatnaik gambar tentang istiadat tersebut. 

Usai sarapan, kami bertolak ke Istana Negara dan tiba di sana sekitar jam 9.30 pagi. Mujur kami tiba awal kerana kelihatan segerombolan pelancong telah memenuhi sebahagian kawasan dan beberapa gerombolan lagi tiba sewaktu kami meninggalkan tempat tersebut. 



Menurut pegawai yang bertugas di situ, pertukaran pengawal diadakan setiap sejam dan kami menunggu sehingga jam 10 pagi untuk melihatnya. Kata orang, alang2 sudah sampai ke sana, biarlah sempat merasai suasananya. Teruja pula melihat istiadat tersebut yang jarang2 dilihat. 

Kemudian kami terus bergerak ke Muzium Diraja yang terletak di Jalan Istana. Bayaran sebanyak RM5 dikenakan untuk pengunjung dewasa dan RM3 untuk warga emas. 


Agak jauh juga jarak berjalan kaki dari pintu pagar ke pintu istana tetapi tiada masalah jika berjalan bersama2 sambil menikmati pemandangan di sekelilingnya. Ternyata kawasannya tidaklah sebesar mana dan memang nampak kewajaran digantikan dengan istana baru. 



Tiada sebarang aktiviti mengambil gambar dibenarkan di dalam muzium. Justeru kami mengambil peluang untuk bergambar dengan hulubalang2 yang bertugas menjaga pintu istana sebelum meneruskan lawatan.


Usai melawat bangunan utama, kami bergerak ke bangunan sebelah yang menempatkan pameran Majlis Raja2. Kali ini penggunaan kamera dibenarkan di dalam ruang ini tetapi tidak pula kami teringin untuk beria2 mengambil gambar tetapi sekadar menikmati pameran sahaja. 


Seronok melihat Izzani bermain2 di atas kawasan lapang di dalam istana yang diliputi dengan karpet. 




Kami tinggalkan Muzium pada waktu tengahari dan meneruskan perjalanan menuju ke Klang. 

No comments: