Projek Pembinaan Surau An-Nur

Projek Pembinaan Surau An-Nur

Rakan Seperjuangan

Tuesday, January 21, 2014

Laksa Teras Jernang

Bismillahirrahmanirrahim...

Di suatu masa, di hujung minggu sekitar 2 minggu lepas di Bandar Baru Bangi. Usai solat Zuhur di Masjid Al-Hasanah, perut saya berkeroncong minta diisi. Lalu saya melihat2 tempat makan berdekatan dengan tempat saya menghabiskan masa iaitu Perpustakaan Awam Hulu Langat. Saya dapati ada sebuah gerai yang baru dibuka di dalam kawasan Taman Tasik Cempaka, Bangi dan saya hanya perlu berjalan kaki ke sana. Menu yang dijual hanya laksa dan cendol sahaja. Tanpa banyak soal, saya terus memesannya. 

Sedang saya leka menikmatinya, saya perasan bunting yang memaparkan nama kedai iaitu Laksa Rimba Redup. Serta-merta saya teringat kepada sebuah lokasi gerai laksa di Teras Jernang yang sering saya kunjungi suatu waktu dulu bersama teman2 malah saya juga pernah membawa keluarga ke sana. Saya mahu mereka merasai sendiri pengalaman menikmati laksa dan cendol di bawah rimbunan pepohon di tepi jalan. 


Sewaktu ingin membuat bayaran, mulut saya ringan bertanya,

"Ini laksa yang dekat Teras Jernang tu ke?"

"Ya betullah tu. Tahu ke?" jawab pemilik gerai. 

"Memang tahu sangatlah. Dulu saya dan kawan2 memang selalu makan kat situ. Yang kat sana masih ada ke?" tanya saya lagi. 

"Ada. Kami baru buka kat sini. Baru sebulan lebih." terangnya lagi. 

"Oh patutlah saya tak pernah nampak tempat ni sebelum ni," jawab saya. 

Memang saya tidak pernah nampak gerai ini sewaktu saya sering datang menyiapkan tesis di perpustakaan tersebut. Ternyata telahan saya benar kerana mereka baru sebulan beroperasi di situ. Bermakna selepas ini saya punya pilihan untuk tidak pergi ke Teras Jernang lagi jika teringin untuk menikmati laksa. Agenda yang ada di dalam kepala saya sudah pastilah untuk membawa keluarga turut menikmati laksa di sini jika mempunyai kesempatan pada masa akan datang.