Projek Pembinaan Surau An-Nur

Projek Pembinaan Surau An-Nur

Rakan Seperjuangan

Tuesday, January 21, 2014

KISAS

Bismillahirrahmanirrahim...

12 Januari 2014 - Tujuan kami ke Klang adalah untuk menemui anak saudara di sebelah isteri PakSoo yang menuntut di Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS). Seumur hidup itu merupakan kali pertama saya menjejakkan kaki ke situ meskipun tempat ini pernah bertakhta di hati saya. Malah saya pernah merajuk panjang kerana gagal memasuki tempat ini selepas mendapat keputusan PMR sedangkan kawan baik saya berjaya mendapat tempat di situ. Rajuk saya berpanjangan sehinggakan untuk mengubat kekecewaan di hati, saya menerima tawaran untuk memasuki MRSM Muar. 


KISAS menjadi pilihan kerana kemasyhurannya yang menjadi tempat ramai agamawan dilahirkan di sini. Saya masih ingat impian yang disimpan bersama kawan baik untuk kami sama2 melanjutkan pengajian ke Al-Azhar, Mesir. Justeru melanjutkan pengajian ke KISAS merupakan salah satu anak tangga yang perlu kami lalui untuk merealisasikan cita2 kami itu.

Namun perancangan Allah nyata lebih hebat dan terbaik buat hamba2Nya. Dia Maha Mengetahui yang  lebih layak untuk makhluk ciptaanNya. Jika tidak, saya pasti tidak akan berada di kedudukan saya pada hari ini dan jika ditanya sama ada saya kecewa kerana gagal mencapai cita2 asal, jawapan saya adalah ya dan tidak. Ya saya kecewa sewaktu mula2 mengetahuinya tetapi apabila usia semakin meningkat dan perjalanan hidup semakin matang, jujur saya katakan yang saya tidak menyesal sama sekali. Saya yakin apa jua ketentuan Allah ini adalah yang terbaik dan selayaknya buat saya. Siapa saya untuk mempersoalkan ketentuanNya sebaliknya saya perlu berusaha memanfaatkan ruang dan peluang yang telah diberikanNya dengan sebaik mungkin. Sesungguhnya hidup ini tidak lain adalah ujian semata2 untuk menilai siapakah yang lebih beriman kepadaNya jua. 

No comments: