Projek Pembinaan Surau An-Nur

Projek Pembinaan Surau An-Nur

Rakan Seperjuangan

Tuesday, January 21, 2014

Cuti Thaipusam

Bimillahirrahmanirrahim...

Memang menjadi kebiasaan Abah Ummi untuk menjamu jemaah masjid dan sanak saudara selepas solat Subuh. Selalunya ia akan diadakan selang 2 hingga 3 bulan sekali. Kali ini Abah merancang untuk mengadakannya semasa cuti Thaipusam kerana tempoh cuti lebih panjang dan kami adik-beradik dapat pulang untuk membantu. 

Menu wajib air tangan Ummi adalah nasi dagang di samping menu2 sampingan lain. Kali ini saya juga mengambil peluang untuk menempah sate sebagai menyatakan rasa syukur atas kurniaan daripadaNya baru2 ini iaitu kelulusan pertukaran tempat kerja saya daripada Jalan Duta kembali ke Putrajaya. 


Memang penat membuat persiapan seawal dari waktu malam lagi kerana jamuan akan bermula usai kuliah Subuh tamat dan jemaah akan mula bergerak ke rumah kami. Pagi itu kami bangun awal untuk memastikan majlis berjalan lancar. Alhamdulillah makanan disediakan mencukupi dan tetamu tidak putus2 datang sehingga jam 11 pagi. Terasa macam suasana di hari raya pun ada juga. 

Pada sebelah petang, usai mengemas dan menyimpan barangan yang digunakan semasa jamuan, saya mengambil kesempatan untuk bersantai bersama keluarga di pantai. Inilah antara perkara yang cukup mendamaikan saya setiap kali pulang ke kampung kerana jarak antara rumah dan pantai hanya 10 minit berjalan kaki. Pantai Teluk Lipat, antara pantai yang paling bersih pasirnya dan tidak pernah saya temui di pantai2 lain. Di sini kami menikmati alam kanak2 dengan penuh bebas dan kami bangga menjadi sebahagian daripadanya. Kelihatan ramai juga pengunjung lain memenuhi kawasan pantai. Mungkin mereka juga mengambil peluang ini untuk bersantai bersama keluarga. Namun tiada aktiviti mandi manda dibenarkan kerana keadaan ombak yang besar. Selalunya jika kami ingin mandi manda di pantai ini, kami akan datang selepas solat Subuh untuk mendapatkan privasi dan pada musim ombak tenang.



Puas bermain bersama Izzani, si kecil itu akhirnya lena di dalam dakapan saya. Bukan saja Izzani, saya juga terasa begitu damai dan tenang jika dapat melelapkan mata di situ. 



Lena sungguh Izzani tidur di atas MakLong dan dia hanya bangun ketika kami ingin beransur pulang. Kadang2 tiada kata2 yang diperlukan saat kita meluangkan masa bersama insan2 tersayang tetapi kebersamaan itu sahaja sudah cukup untuk membuatkan diri terasa disayangi dan bahagia. Malah kita tidak perlu berada di tempat yang mewah atau ekslusif untuk merasai keseronokan itu tetapi cukup jika tempat itu selamat dan selesa. 

No comments: