Projek Pembinaan Surau An-Nur

Projek Pembinaan Surau An-Nur

Rakan Seperjuangan

Wednesday, January 8, 2014

Bila Alam Berkata2

Bismillahirrahmanirrahim...

Semalam KL gempar dengan berita tanah runtuh di Lebuhraya Mahameru. Seperti biasa, saya pulang pada jam 5.05 petang. Hujan turun dengan lebatnya dan kerisauan sudah mula bersarang di hati. 

"Aduh, janganlah jam teruk plak," getus hati saya.

Siapa yang tidak faham bila hujan turun di KL, pasti kesesakan akan berlaku kerana banjir kilat. Aduhai, apa pilihan yang saya ada selain meneruskan juga perjalanan pulang kerana entah kenapa badan saya merasa agak kurang sihat dan tiada mood untuk singgah di mana2. 

Benar seperti dijangka. Kesesakan sangat teruk sehingga hampir2 tidak bergerak tetapi waktu itu saya masih belum tahu tentang kejadian tanah runtuh tersebut. Dalam hati sudah berkira2 ingin singgah di Masjid Negara sahaja kerana bimbang akan terlepas waktu solat Maghrib tetapi hati saya kemudian memutuskan untuk meneruskan juga perjalanan pulang. Kepenatan memang tidak tergambar tetapi syukur juga laluan yang ditutup tidak melibatkan laluan saya. Cuma kesesakan bertambah kerana semua kenderaan bertumpu ke laluan alternatif. 

Bertabah sajalah wahai hati. 2 jam setengah di dalam kereta bukan satu jangka masa yang menyeronokkan. Ditambah pula dengan hujan lebat dan perut yang berkeroncong. Mujur juga tiada insiden senak perut dan yang sewaktu dengannya. 

Tiba di rumah, saya melepaskan lelah sementara bersiap untuk menunaikan solat Maghrib. Sempat juga menjenguk media sosial untuk mendapatkan cerita punca kesesakan tersebut. Barulah saya tahu tentang kejadian tanah runtuh tersebut. Syukur juga saya sudah selamat tiba di rumah sedangkan masih ada sebahagian pemandu yang masih terperangkap di dalam kesesakan menunggu jalan dibersihkan dan laluan dibuka kepada kenderaan. 

Khabarnya, ini insiden kedua di tempat yang sama dan proses mengukuhkan cerun sebenarnya masih lagi dijalankan di situ. 


Sumber: google

Pagi ini pula saya turun lebih awal daripada biasa kerana dimaklumkan yang laluan tersebut masih belum dibuka sepenuhnya. Jam 7 pagi saya sudah terpacak di pejabat dan seperti biasa juga, menjadi orang pertama membuka kunci pintu pejabat. Sengaja saya pastikan untuk tiba awal kerana hari ini ada dua mesyuarat penting yang perlu disempurnakan. Jika diikutkan hati ini, memang saya terasa ingin berehat sahaja kerana terus-terang, saya memang terasa kurang sihat malah selsema pun sudah mula menjangkiti badan. Mujur juga perangai saya bila sakit, jangan dimanjakan sangat kecuali betul2 kritikal seperti yang berlaku pada tahun 2012. Cumanya risau juga membayangkan suasana untuk pulang pada petang ini. Adakah bakal berdepan situasi yang sama lagi? Aduhai penatnya sudah terasa tetapi apa pilihan yang saya ada. Redah sajalah. 

Pada saya, inilah akibatnya apabila alam sudah berkata2. Ada sesuatu yang ingin diberitahu kepada kita sebagai manusia ini bahawa alam sudah semakin sakit akibat perbuatan tangan2 manusia sendiri. Justeru kata2 itu diterjemahkan melalui kejadian2 bencana alam yang semakin kerap berlaku namun kita sebagai manusia nampaknya masih belum faham atau sengaja tidak mahu faham? 

Yang pasti, hati perlu dicekalkan untuk menempuh kesesakan yang sememangnya lumrah apabila hidup di KL. Bertabahlah...

No comments: