Projek Pembinaan Surau An-Nur

Projek Pembinaan Surau An-Nur

Rakan Seperjuangan

Saturday, January 25, 2014

Lawatan Ke Istana

Bismillahirrahmanirrahim...

12 Januari 2014 - Sudah lama hati saya terdetik untuk melawat Muzium DiRaja iaitu sejak masih cuti belajar tetapi niat hanya tinggal niat sahaja. Akhirnya apabila Abah Ummi datang, saya nekad mengajak adik2 turut serta membawa Abah Ummi ke situ. Malah saya turut mengajak mereka ke Istana Negara yang baru untuk melihat istiadat pertukaran pengawal. Idea itu timbul selepas melihat salah seorang kawan FB memuatnaik gambar tentang istiadat tersebut. 

Usai sarapan, kami bertolak ke Istana Negara dan tiba di sana sekitar jam 9.30 pagi. Mujur kami tiba awal kerana kelihatan segerombolan pelancong telah memenuhi sebahagian kawasan dan beberapa gerombolan lagi tiba sewaktu kami meninggalkan tempat tersebut. 



Menurut pegawai yang bertugas di situ, pertukaran pengawal diadakan setiap sejam dan kami menunggu sehingga jam 10 pagi untuk melihatnya. Kata orang, alang2 sudah sampai ke sana, biarlah sempat merasai suasananya. Teruja pula melihat istiadat tersebut yang jarang2 dilihat. 

Kemudian kami terus bergerak ke Muzium Diraja yang terletak di Jalan Istana. Bayaran sebanyak RM5 dikenakan untuk pengunjung dewasa dan RM3 untuk warga emas. 


Agak jauh juga jarak berjalan kaki dari pintu pagar ke pintu istana tetapi tiada masalah jika berjalan bersama2 sambil menikmati pemandangan di sekelilingnya. Ternyata kawasannya tidaklah sebesar mana dan memang nampak kewajaran digantikan dengan istana baru. 



Tiada sebarang aktiviti mengambil gambar dibenarkan di dalam muzium. Justeru kami mengambil peluang untuk bergambar dengan hulubalang2 yang bertugas menjaga pintu istana sebelum meneruskan lawatan.


Usai melawat bangunan utama, kami bergerak ke bangunan sebelah yang menempatkan pameran Majlis Raja2. Kali ini penggunaan kamera dibenarkan di dalam ruang ini tetapi tidak pula kami teringin untuk beria2 mengambil gambar tetapi sekadar menikmati pameran sahaja. 


Seronok melihat Izzani bermain2 di atas kawasan lapang di dalam istana yang diliputi dengan karpet. 




Kami tinggalkan Muzium pada waktu tengahari dan meneruskan perjalanan menuju ke Klang. 

Tuesday, January 21, 2014

Tulang Sotong

Bismillahirrahmanirrahim...

Ini antara salah satu barang permainan kami sewaktu kanak2 iaitu tulang sotong. Ia banyak ditemui di kawasan Panti Teluk Lipat berhampiran rumah kami. Cara bermainnya adalah dengan mencucuk kayu panjang pada tulang tersebut dan kemudian menolaknya di atas pasir pantai. Semakin besarsaiz tulang sotong itu, semakin mudah untuk kami menolaknya di atas pasir. 


Saya pasti kanak2 sekarang tidak lagi mengenali dan tahu dengan permainan ini kerana mereka lebih terikat dengan pelbagai gajet elektronik. Kekadang sewaktu membawa anak2 saudara ke pantai dan saya menemui tulang sotong ini, saya cuba untuk bercerita dan mengajak mereka bermain dengannya kerana bermain dengan alam ternyata juah lebih menyeronokkan. Alam dan manusia tidak akan dapat dipisahkan. 

Cuti Thaipusam

Bimillahirrahmanirrahim...

Memang menjadi kebiasaan Abah Ummi untuk menjamu jemaah masjid dan sanak saudara selepas solat Subuh. Selalunya ia akan diadakan selang 2 hingga 3 bulan sekali. Kali ini Abah merancang untuk mengadakannya semasa cuti Thaipusam kerana tempoh cuti lebih panjang dan kami adik-beradik dapat pulang untuk membantu. 

Menu wajib air tangan Ummi adalah nasi dagang di samping menu2 sampingan lain. Kali ini saya juga mengambil peluang untuk menempah sate sebagai menyatakan rasa syukur atas kurniaan daripadaNya baru2 ini iaitu kelulusan pertukaran tempat kerja saya daripada Jalan Duta kembali ke Putrajaya. 


Memang penat membuat persiapan seawal dari waktu malam lagi kerana jamuan akan bermula usai kuliah Subuh tamat dan jemaah akan mula bergerak ke rumah kami. Pagi itu kami bangun awal untuk memastikan majlis berjalan lancar. Alhamdulillah makanan disediakan mencukupi dan tetamu tidak putus2 datang sehingga jam 11 pagi. Terasa macam suasana di hari raya pun ada juga. 

Pada sebelah petang, usai mengemas dan menyimpan barangan yang digunakan semasa jamuan, saya mengambil kesempatan untuk bersantai bersama keluarga di pantai. Inilah antara perkara yang cukup mendamaikan saya setiap kali pulang ke kampung kerana jarak antara rumah dan pantai hanya 10 minit berjalan kaki. Pantai Teluk Lipat, antara pantai yang paling bersih pasirnya dan tidak pernah saya temui di pantai2 lain. Di sini kami menikmati alam kanak2 dengan penuh bebas dan kami bangga menjadi sebahagian daripadanya. Kelihatan ramai juga pengunjung lain memenuhi kawasan pantai. Mungkin mereka juga mengambil peluang ini untuk bersantai bersama keluarga. Namun tiada aktiviti mandi manda dibenarkan kerana keadaan ombak yang besar. Selalunya jika kami ingin mandi manda di pantai ini, kami akan datang selepas solat Subuh untuk mendapatkan privasi dan pada musim ombak tenang.



Puas bermain bersama Izzani, si kecil itu akhirnya lena di dalam dakapan saya. Bukan saja Izzani, saya juga terasa begitu damai dan tenang jika dapat melelapkan mata di situ. 



Lena sungguh Izzani tidur di atas MakLong dan dia hanya bangun ketika kami ingin beransur pulang. Kadang2 tiada kata2 yang diperlukan saat kita meluangkan masa bersama insan2 tersayang tetapi kebersamaan itu sahaja sudah cukup untuk membuatkan diri terasa disayangi dan bahagia. Malah kita tidak perlu berada di tempat yang mewah atau ekslusif untuk merasai keseronokan itu tetapi cukup jika tempat itu selamat dan selesa. 

KISAS

Bismillahirrahmanirrahim...

12 Januari 2014 - Tujuan kami ke Klang adalah untuk menemui anak saudara di sebelah isteri PakSoo yang menuntut di Kolej Islam Sultan Alam Shah (KISAS). Seumur hidup itu merupakan kali pertama saya menjejakkan kaki ke situ meskipun tempat ini pernah bertakhta di hati saya. Malah saya pernah merajuk panjang kerana gagal memasuki tempat ini selepas mendapat keputusan PMR sedangkan kawan baik saya berjaya mendapat tempat di situ. Rajuk saya berpanjangan sehinggakan untuk mengubat kekecewaan di hati, saya menerima tawaran untuk memasuki MRSM Muar. 


KISAS menjadi pilihan kerana kemasyhurannya yang menjadi tempat ramai agamawan dilahirkan di sini. Saya masih ingat impian yang disimpan bersama kawan baik untuk kami sama2 melanjutkan pengajian ke Al-Azhar, Mesir. Justeru melanjutkan pengajian ke KISAS merupakan salah satu anak tangga yang perlu kami lalui untuk merealisasikan cita2 kami itu.

Namun perancangan Allah nyata lebih hebat dan terbaik buat hamba2Nya. Dia Maha Mengetahui yang  lebih layak untuk makhluk ciptaanNya. Jika tidak, saya pasti tidak akan berada di kedudukan saya pada hari ini dan jika ditanya sama ada saya kecewa kerana gagal mencapai cita2 asal, jawapan saya adalah ya dan tidak. Ya saya kecewa sewaktu mula2 mengetahuinya tetapi apabila usia semakin meningkat dan perjalanan hidup semakin matang, jujur saya katakan yang saya tidak menyesal sama sekali. Saya yakin apa jua ketentuan Allah ini adalah yang terbaik dan selayaknya buat saya. Siapa saya untuk mempersoalkan ketentuanNya sebaliknya saya perlu berusaha memanfaatkan ruang dan peluang yang telah diberikanNya dengan sebaik mungkin. Sesungguhnya hidup ini tidak lain adalah ujian semata2 untuk menilai siapakah yang lebih beriman kepadaNya jua. 

Laksa Teras Jernang

Bismillahirrahmanirrahim...

Di suatu masa, di hujung minggu sekitar 2 minggu lepas di Bandar Baru Bangi. Usai solat Zuhur di Masjid Al-Hasanah, perut saya berkeroncong minta diisi. Lalu saya melihat2 tempat makan berdekatan dengan tempat saya menghabiskan masa iaitu Perpustakaan Awam Hulu Langat. Saya dapati ada sebuah gerai yang baru dibuka di dalam kawasan Taman Tasik Cempaka, Bangi dan saya hanya perlu berjalan kaki ke sana. Menu yang dijual hanya laksa dan cendol sahaja. Tanpa banyak soal, saya terus memesannya. 

Sedang saya leka menikmatinya, saya perasan bunting yang memaparkan nama kedai iaitu Laksa Rimba Redup. Serta-merta saya teringat kepada sebuah lokasi gerai laksa di Teras Jernang yang sering saya kunjungi suatu waktu dulu bersama teman2 malah saya juga pernah membawa keluarga ke sana. Saya mahu mereka merasai sendiri pengalaman menikmati laksa dan cendol di bawah rimbunan pepohon di tepi jalan. 


Sewaktu ingin membuat bayaran, mulut saya ringan bertanya,

"Ini laksa yang dekat Teras Jernang tu ke?"

"Ya betullah tu. Tahu ke?" jawab pemilik gerai. 

"Memang tahu sangatlah. Dulu saya dan kawan2 memang selalu makan kat situ. Yang kat sana masih ada ke?" tanya saya lagi. 

"Ada. Kami baru buka kat sini. Baru sebulan lebih." terangnya lagi. 

"Oh patutlah saya tak pernah nampak tempat ni sebelum ni," jawab saya. 

Memang saya tidak pernah nampak gerai ini sewaktu saya sering datang menyiapkan tesis di perpustakaan tersebut. Ternyata telahan saya benar kerana mereka baru sebulan beroperasi di situ. Bermakna selepas ini saya punya pilihan untuk tidak pergi ke Teras Jernang lagi jika teringin untuk menikmati laksa. Agenda yang ada di dalam kepala saya sudah pastilah untuk membawa keluarga turut menikmati laksa di sini jika mempunyai kesempatan pada masa akan datang. 

Thursday, January 9, 2014

Maulidur Rasul

Bismillahirrahmanirrahim...

Tengahari tadi hati nekad untuk menyertai ceramah agama yang diadakan sempena kedatangan Maulidur Rasul pada minggu depan. Penceramah yang dijemput pula memang antara yang menjadi kegemaran saya iaitu Dr. Zulkifli Al-Bakri. Orang senegeri lagi (hehe). 


Dr. Zul menyampaikan ceramah berasaskan 3 buah buku yang ditulisnya dan ia berkisar tentang kehidupan Rasulullah. Satu kisah yang tidak akan pernah jemu untuk dikaji dan dihayati sampai bila2 meskipun Baginda telah lama meninggalkan kita semua. 

Saya cuba menekuni dan menghayati setiap bait kata2 yang diucapkan oleh Dr. Zul sambil menilai diri sendiri. Di mana Rasulullah di dalam kehidupan kita selama ini? Mulut kita melafazkan cinta pada Baginda tetapi apakah kita sudah benar2 menzahirkan kecintaan itu di sepanjang perjalanan kehidupan ini? Sebak!

Di satu masa Dr. Zul terdiam dan bergenang air matanya tatkala menceritakan tentang kemuliaan peribadi Rasululllah. Suasana dewan hening seketika apabila Dr. Zul terdiam seketika, menahan sebak yang membuku di dada. Sungguh Baginda mampu kita cintai meskipun tak pernah melihat wajah Baginda di hadapan mata. Benarlah kelahiran Baginda adalah rahmat buat seluruh alam!

Wednesday, January 8, 2014

Bila Alam Berkata2

Bismillahirrahmanirrahim...

Semalam KL gempar dengan berita tanah runtuh di Lebuhraya Mahameru. Seperti biasa, saya pulang pada jam 5.05 petang. Hujan turun dengan lebatnya dan kerisauan sudah mula bersarang di hati. 

"Aduh, janganlah jam teruk plak," getus hati saya.

Siapa yang tidak faham bila hujan turun di KL, pasti kesesakan akan berlaku kerana banjir kilat. Aduhai, apa pilihan yang saya ada selain meneruskan juga perjalanan pulang kerana entah kenapa badan saya merasa agak kurang sihat dan tiada mood untuk singgah di mana2. 

Benar seperti dijangka. Kesesakan sangat teruk sehingga hampir2 tidak bergerak tetapi waktu itu saya masih belum tahu tentang kejadian tanah runtuh tersebut. Dalam hati sudah berkira2 ingin singgah di Masjid Negara sahaja kerana bimbang akan terlepas waktu solat Maghrib tetapi hati saya kemudian memutuskan untuk meneruskan juga perjalanan pulang. Kepenatan memang tidak tergambar tetapi syukur juga laluan yang ditutup tidak melibatkan laluan saya. Cuma kesesakan bertambah kerana semua kenderaan bertumpu ke laluan alternatif. 

Bertabah sajalah wahai hati. 2 jam setengah di dalam kereta bukan satu jangka masa yang menyeronokkan. Ditambah pula dengan hujan lebat dan perut yang berkeroncong. Mujur juga tiada insiden senak perut dan yang sewaktu dengannya. 

Tiba di rumah, saya melepaskan lelah sementara bersiap untuk menunaikan solat Maghrib. Sempat juga menjenguk media sosial untuk mendapatkan cerita punca kesesakan tersebut. Barulah saya tahu tentang kejadian tanah runtuh tersebut. Syukur juga saya sudah selamat tiba di rumah sedangkan masih ada sebahagian pemandu yang masih terperangkap di dalam kesesakan menunggu jalan dibersihkan dan laluan dibuka kepada kenderaan. 

Khabarnya, ini insiden kedua di tempat yang sama dan proses mengukuhkan cerun sebenarnya masih lagi dijalankan di situ. 


Sumber: google

Pagi ini pula saya turun lebih awal daripada biasa kerana dimaklumkan yang laluan tersebut masih belum dibuka sepenuhnya. Jam 7 pagi saya sudah terpacak di pejabat dan seperti biasa juga, menjadi orang pertama membuka kunci pintu pejabat. Sengaja saya pastikan untuk tiba awal kerana hari ini ada dua mesyuarat penting yang perlu disempurnakan. Jika diikutkan hati ini, memang saya terasa ingin berehat sahaja kerana terus-terang, saya memang terasa kurang sihat malah selsema pun sudah mula menjangkiti badan. Mujur juga perangai saya bila sakit, jangan dimanjakan sangat kecuali betul2 kritikal seperti yang berlaku pada tahun 2012. Cumanya risau juga membayangkan suasana untuk pulang pada petang ini. Adakah bakal berdepan situasi yang sama lagi? Aduhai penatnya sudah terasa tetapi apa pilihan yang saya ada. Redah sajalah. 

Pada saya, inilah akibatnya apabila alam sudah berkata2. Ada sesuatu yang ingin diberitahu kepada kita sebagai manusia ini bahawa alam sudah semakin sakit akibat perbuatan tangan2 manusia sendiri. Justeru kata2 itu diterjemahkan melalui kejadian2 bencana alam yang semakin kerap berlaku namun kita sebagai manusia nampaknya masih belum faham atau sengaja tidak mahu faham? 

Yang pasti, hati perlu dicekalkan untuk menempuh kesesakan yang sememangnya lumrah apabila hidup di KL. Bertabahlah...

Thursday, January 2, 2014

Lembaran Baru 2014

Bismillahirrahmanirrahim...

Kata bijak pandai, masa seperti pedang. Jika kita tidak memotongnya, ia akan memotong kita. 

Sungguh pantas masa berlalu. Kini lembaran baru sudah bermula dan hari ini sudah masuk hari kedua.

Soalan paling popular sudah pasti tentang azam tahun baru.

Perlu ke? Entahlah. Mungkin ya atau mungkin tidak bagi sesetengah orang kerana bagi saya jika ingin berazam untuk melakukan sesuatu, tidak perlu menunggu tahun baru untuk memasang azam. 

Seharusnya azam itu bersifat berterusan, sesuai dengan tuntutan agama agar kita sentiasa istiqomah@konsisten dengan apa jua matlamat yang ingin dicapai.

Doa saya, semoga hari ini akan lebih baik daripada semalam dan hari2 seterusnya akan lebih ceria daripada hari2 sebelumnya dalam usaha untuk menjadi hambaNya yang lebih baik. 

Selamat tahun baru!