Projek Pembinaan Surau An-Nur

Projek Pembinaan Surau An-Nur

Rakan Seperjuangan

Thursday, December 12, 2013

Ikhlas

Bismillahirrahmanirrahim...

Hari ini Allah 'mengajar' saya untuk mendalami ilmu ikhlas. Ia diterjemahkan dengan memberi kelapangan dan kemudahan kepada saya untuk memenuhi permintaan seorang sahabat. Pada awalnya, saya fikir tidak akan dapat memenuhi pelawaan itu kerana perlu terlibat dengan tugasan pejabat tetapi ternyata Allah pasti membantu jika niat kita betul2 ikhlas. Di saat2 akhir, tugasan tersebut telah ditunda kepada tahun depan. Jujur, saya hanya ingin melihat dia gembira dengan kehadiran saya sebagai tanda sokongan ke atas program yang sekian lama diusahakannya. Pun begitu, saya tidak dapat mengelak daripada berasa agak janggal berada di situ kerana langsung tiada kaitan dengan program yang dianjurkan tetapi saya gagahkan juga hati demi memenuhi pelawaannya. Namun itu hanya di peringkat awal sahaja kerana selepas itu, dengan selamba saya berbual2 dengan tetamu dan kakitangan yang turut menghadiri program tersebut. Saya biarkan sahaja dia menjalankan tugas2nya sebagai urus setia kerana saya tidak mahu kehadiran saya di situ menghalang dia daripada menjalankan tanggungjawabnya pula. Saya sering mengingatkan diri untuk menjadi insan yang membantu dan bukannya membuntu. Malah itulah antara doa yang saban waktu dipohon kepadaNya iaitu agar saya menjadi orang yang berbuat kebaikan kepada orang lain dan bukan sebaliknya agar apabila tiba saat saya atau insan2 yang saya sayangi memerlukan bantuan, Allah akan membantu kami pula sama ada melalui orang yang sama atau orang lain. Sebelum program bermula, sedikit pesanan saya titipkan kepada sahabat tersebut iaitu walau apa pun jua hasilnya kelak, di mata saya dia sudah melakukan yang terbaik dan dia sebenarnya sudah berjaya kerana yang penting adalah usaha dan semangat yang dipamerkan sepanjang tempoh persediaan. 

Meskipun pelawaannya untuk makan tengahari sebaik tamat program tidak dapat saya penuhi kerana perlu kembali ke pejabat, hati saya puas kerana melihat dia gembira menjayakan program tersebut. Entah mengapa tidak semena2 hati saya menjadi sayu sepanjang tempoh berada di situ. Mungkin kerana saya tahu apa jua yang diusahakannya selama ini telah diterjemahkan di dalam program tersebut. Yang pasti, saya kembali ke pejabat dengan perasaan puas dan gembira kerana saya yakin Allah akan mempermudahkan urusan kita sekiranya kita mempermudahkan urusan orang lain. Wallahua'lam. 

No comments: