Projek Pembinaan Surau An-Nur

Projek Pembinaan Surau An-Nur

Rakan Seperjuangan

Friday, October 11, 2013

Surau An-Nur BPV: Lakaran Surau

Bismillahirrahmanirrahim...

5 Oktober 2013 - Teruja pula melihat lakaran surau yang dibentangkan oleh arkitek. Terasa impian untuk membina surau semakin menjadi kenyataan meskipun perjalanan masih jauh. Kini perjalanan yang paling sukar iaitu untuk mendapatkan dana mencukupi benar2 sudah bermula apabila anggaran kos pembinaan sudah diterima daripada kontraktor. Kosnya mencecah hampir RM500k dan ia satu jumlah yang agak besar juga. Namun saya sudah maklum yang jalan untuk melakukan kebaikan sentiasa sukar dan tidak selurus yang disangka. Akan ada onak dan durinya dan itulah harga yang harus dibayar demi mencari redhaNya jua. Prinsip saya mudah, jika dulu Rasulullah putus asa saat dihina dan dibaling batu oleh kaum yang didakwah, pasti hari ini kita tidak akan menganut agama Islam yang suci ini.


Mengikut lakaran, surau ini akan mampu menampung jemaah lelaki dan perempuan seramai 200 orang pada satu2 masa. Berikutan keluasan tanah hanya setengah ekar, ruang meletak kereta menjadi sangat terhad dan hanya motosikal akan dibenarkan untuk memasuki ruang kawasan surau.


Berikut adalah ilustrasi lakaran surau yang telah dibentangkan oleh arkitek kepada kami.




Saya mempelawa sesiapa yang berminat untuk menyumbang ke arah pembinaan surau ini yang kami jangka akan siap sepenuhnya pada tahun hadapan. Awalnya kami meletakkan sasaran agar surau dapat digunakan pada bulan Ramadhan tahun hadapan tetapi ia agak tidak realisitik untuk dilaksanakan dalam tempoh tersebut lalu kami bersetuju ia disempurnakan dalam tempoh minimum 10 bulan. 

Justeru, kami kini gigih mendapatkan dana mencukupi untuk memastikan pembinaannya mengikut timeline yang telah dipersetujui. Beberapa prosedur akhir yang akan diuruskan oleh kontraktor dan urusan penentuan arah kiblat juga akan dibuat oleh pihak berkenaan dalam masa terdekat. 

Semoga Allah memberi kami kekuatan untuk menyempurnakan amanah ini. 

No comments: