Projek Pembinaan Surau An-Nur

Projek Pembinaan Surau An-Nur

Rakan Seperjuangan

Friday, August 30, 2013

Selamat Hari Kemerdekaan Ke-56

Bismillahirrahmanirrahim...


Merdeka! Merdeka! Merdeka!
Alhamdulillah masih sempat menyambut hari kemerdekaan yang ke-56.
Erti merdeka berbeza2 bagi setiap individu dan terserah kepada masing2 untuk menafsirkannya. 
Yang pasti, saya bersyukur kerana masih bebas untuk beribadah tanpa sebarang halangan.

Pagi tadi saya menaiki bas untuk pulang ke kampung. Maka saya menyambut hari kemerdekaan di kampung. 

Saturday, August 10, 2013

Aidilfitri 1434H

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk meraikan hari kemenangan pada tahun ini bersama ahli keluarga terutama Abah Ummi tercinta. Seperti biasa, jumlahnya pasti tidak lengkap kerana ada yang memenuhi giliran beraya di rumah mertua. 

Entah mimpi apa, kali ini Abah mengajak kami berfoto di kawasan pantai berdekatan dengan rumah. Layankan sajalah meskipun terasa gigihnya berjemur di tengah2 panas demi untuk memenuhi hasrat Abah itu. 


Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin dari kami BAKARIANS. 

Tuesday, August 6, 2013

Cuti Raya

Bismillahirrahmanirrahim...

Hari ini saya sudah berada di kampung. Tiba semalam pada jam 7 malam. Ngam2 dengan waktu berbuka kerana saya dan MakTeh bertolak dari KL sekitar jam 2 petang. Dengan keadaan trafik yang selesa, perjalanan kami lancar. Kali ini saya pulang dengan kereta MakTeh kerana dia akan bercuti selama 2 minggu bersekali dengan cuti sekolah. Saya pula hanya mengambil cuti selama 4 hari sahaja dan akan kembali ke KL pada hari raya ke-5. Banyak tugasan yang menanti di tempat baru. Memang diakui saya cuak sehinggakan sejak pagi tadi saya melayan emel2 daripada bos.

Apapun, suasana raya perlu diutamakan juga. Raya kali ini memang sangat sederhana buat saya. Hanya sepasang baju kurung dibeli dan tiada sebarang kuih raya dibuat sendiri pada tahun ini. Berbanding tahun lepas, memang saya gigih membuat beberapa jenis kuih raya. Tahun ini entahlah, mungkin penat berulang-alik ke tempat kerja baru huhu.

Yang pasti, malam raya nanti, tugas wajib saya pada setiap tahun adalah mengambil sate yang telah ditempah lebih awal.