Projek Pembinaan Surau An-Nur

Projek Pembinaan Surau An-Nur

Rakan Seperjuangan

Sunday, July 21, 2013

Ulangtahun Pertama Qaisara

Bismillahirrahmanirrahim...

12 Julai 2013 - Hari ini genap usia Nur Qaisara Aminah setahun. Pantas sungguh masa berlalu. Terasa baru semalam kami menyambut ketibaan si cilik ini dan hari ini setahun sudah berlalu.

Oleh kerana ia jatuh pada bulan Ramadhan, sambutan diadakan semasa berbuka puasa. Secara kebetulan, ia juga jatuh pada hari Jumaat dan kami bercadang untuk pulang ke kampung selepas solat Tarawih. Memang menjadi agenda tahunan kami untuk pulang ke kampung pada minggu pertama Ramadhan, berbuka bersama Abah Ummi. Malah BaAn yang tinggal di Johor juga akan pulang bersama keluarganya.

Saya tiba agak awal di rumah BaYu dan sempat bermain2 dengan Sara sebelum tiba waktu berbuka puasa. Bagi saya, Sara ini tidak banyak kerenah dan suka senyum. Paling penting, dia selesa bersama saya.



Usai berbuka, acara potong kek oleh Sara dan mama papanya.





Doa MakLong, Sara akan membesar menjadi anak solehah yang menjadi penyejuk hati mama papa serta berguna kepada agama, bangsa dan negara. 

No comments: