Projek Pembinaan Surau An-Nur

Projek Pembinaan Surau An-Nur

Rakan Seperjuangan

Friday, July 19, 2013

TROM Yang Mengecewakan

Bismillahirrahmanirrahim...

29 Jun 2013 - Ini merupakan cubaan kedua saya membeli kupon untuk hidangan makanan secara online dan nampaknya ia adalah cubaan yang terakhir. Sebelum ini saya memang pernah membeli kupon makanan untuk restoran makanan Arab secara online dan ia tidak begitu mengecewakan. Namun, keadaan sebaliknya berlaku untuk cubaan kali kedua ini. Kupon kali ini saya beli kerana telah berhasrat untuk membelanja adik2 sebaik saya tamat pengajian. Selepas beberapa kali juga menunda tarikh tempahan, akhirnya kami berjaya berkumpul pada hari ini.

The Republic of Meat atau ringkasnya TROM terletak di kawasan perniagaan di Taman Melawati. Perkara pertama yang agak mengejutkan adalah lokasi dan keadaan luaran kedai yang jauh berbeza daripada gambar yang dipaparkan di dalam iklan yang sekadar indah khabar dari rupa. Lokasinya agak tersorok dan keadaan di luar kedai agak bersepah.

Kemudian, kami dapati mereka memang sengaja mengasingkan menu untuk pelanggan berkupon dan yang tidak. Ok, itu masih boleh diterima tetapi apabila saya mendapati yang hidangan yang disediakan tidak seperti yang dipaparkan di dalam iklan, saya merasa sedikit tertipu. Lebih mengecewakan apabila jus juga turut dicampur dengan air kosong dan tidak boleh ditambah secara percuma seperti diiklankan.

Menu khas

Indah khabar dari rupa

Kupon yang dibeli

Paparan yang dibuat untuk mengelirukan pelanggan

Ilustrasi semata-mata

Hakikat sebenar adalah jauh berbeza
Jus yang dipaparkan di dalam iklan tampak lebih menarik dan menyelerakan tetapi apa yang dihidangkan kepada kami memang jauh berbeza.

Segala-galanya dikurangkan
Begitu juga dengan hidangan lamb chop rice ini. Kuantiti nasi dikurangkan sehingga hanya tinggal beberapa suap sahaja dan saiz daging kambing juga dikecilkan. Malah saya juga dapat merasakan yang sos daging kambing sedikit tawar dan agak cair.

Nampak menyelerakan tetapi sebenarnya tidak
Perkara paling mengecewakan adalah apabila saya terpaksa beberapa kali meminta untuk diberikan password untuk WIFI tetapi mereka seolah-olah enggan memberikannya. Saya tidak kisah jika antara sebab mereka enggan memberikan password tersebut adalah kerana kami pelanggan berkupon tetapi janganlah berdolak-dalik. Pada saya, pelanggan tetap pelanggan meskipun hanya singgah untuk minum segelas air sahaja. 


Satu-satunya perkara yang membuatkan saya gembira pada hari ini adalah kerana dapat berkumpul bersama adik2 dan anak buah, Qaisara. Seronok melihat Qaisara memakan nasi kerana dia sedikit sensitif dalam bab pemakanan. Jika silap sedikit, pasti akan timbul bintik-bintik di badannya.

Jeling MakLong ye

Gembira dapat makan nasi

MakTeh memaksa diri menikmati hidangan

Kesimpulannya, saya pangkah kedai ini dan pasti tidak akan menjejakkan kaki ke sini lagi kerana begitu kecewa dengan servis yang diterima. Titik!

No comments: