Projek Pembinaan Surau An-Nur

Projek Pembinaan Surau An-Nur

Rakan Seperjuangan

Sunday, July 7, 2013

Taman Arnab

Bismillahirrahmanirrahim...

Entri ini sudah agak lama tertangguh kerana aktiviti ini dibuat semasa cuti sekolah tempohari. Lebih tepat lagi sehari selepas saya selesai sesi viva di UTM. Barulah dapat bergembira bersama keluarga dengan hati yang tenang. Biasalah, keutamaan kami adalah kepada memenuhi kehendak kanak-kanak atau lebih tepat lagi memilih aktiviti yang menyeronokkan bagi mereka. Kali ini BaAn dan keluarga juga turut serta. Maka lebih meriah jadinya. 

Destinasi pertama kami adalah ke Taman Arnab yang terletak di Broga, Semenyih atau lebih tepat lagi di kaki Bukit Broga. Tiket sebanyak RM5 dikenakan kepada setiap pengunjung untuk masuk ke situ. Sebenarnya ini juga merupakan kunjungan saya yang pertama ke sini. Secara keseluruhannya, tempat tersebut biasa sahaja bagi saya kerana suasananya kelihatan agak tidak terurus meskipun saya tidak menafikan yang terdapat bilangan arnab yang agak banyak di situ. 

Selebihnya, biarlah gambar yang berkata-kata...









Hampir 2 jam kami di situ sebelum beredar menuju ke Bandar Baru Bangi.

No comments: