Projek Pembinaan Surau An-Nur

Projek Pembinaan Surau An-Nur

Rakan Seperjuangan

Thursday, July 18, 2013

Skyview@AGC

Bismillahirrahmanirrahim...

Lagi sesi mengisi masa di'pool'kan dengan menziarah rakan-rakan yang sedang bertugas. Saya dan Arab berjanji untuk makan tengahari di restoran Skyview yang terletak di aras 11, bangunan Jabatan Peguam Negara, Putrajaya.

Sebelum ini saya pernah mendengar cerita daripada rakan yang bertugas di situ tentang tempat ini. Justeru, memang saya berniat untuk mencubanya jika berpeluang. Akhirnya peluang itu datang dan tanpa teragak-agak saya merebutnya.

Untuk ke aras 11, kami perlu melalui sistem pengimbas keselamatan yang diletakkan berhampiran lif. Terasa seperti nak masuk ke balai berlepas pula :)

Persepsi pertama, ruangnya dihias agak menarik meskipun tidak seelegan di hotel kerana saya mendapat tahu yang tempat ini diuruskan oleh katerer daripada Hotel Marriot.



Hidangan menu yang disediakan juga saya rasakan adalah pada kadar harga yang berpatutan dengan kualitinya. Malah buffet makan tengahari pada kadar RM17/pax juga adalah tawaran yang berbaloi.



 

No comments: