Projek Pembinaan Surau An-Nur

Projek Pembinaan Surau An-Nur

Rakan Seperjuangan

Tuesday, July 9, 2013

Skybridge KLCC

Bismillahirrahmanirrahim...

13 Jun 2013 - Alhamdulillah syukur kerana impian saya untuk membawa Abah Ummi merasai pengalaman menaiki Skybridge KLCC akhirnya terlaksana juga meskipun pada awalnya berhadapan dengan beberapa halangan. Program ini sebenarnya sengaja saya susun buat Abah Ummi untuk mengisi masa sementara menunggu kembara kami yang seterusnya. Insan yang bertanggungjawab membantu saya adalah rakan baik sewaktu di UIA dahulu iaitu Fatimah yang lebih dikenali dengan panggilan Uda. Apabila saya mencatatkan di Facebook tentang hasrat saya mendapatkan tiket Skybridge, Uda telah bermurah hati menawarkan diri membelikannya untuk saya kerana pejabatnya memang berada di dalam KLCC. Saya terpaksa berbuat demikian kerana tiket tersebut terhad dan sukar diperoleh dengan kunjungan secara walk-in. Lebih seronok apabila Uda berjaya mendapatkannya pada harga staf yang sedikit murah daripada harga biasa. 

Terima kasih Uda :)

Atas permintaan saya sendiri, Uda membelikan tiket bagi jam 1.15 petang buat kami. Oleh kerana kami tiba agak awal, saya bawa Abah Ummi memasuki kedai buku Kinokuniya terlebih dahulu sementara menunggu giliran kami. 

Mengisi masa di Kinokuniya
Sekitar jam 12.30 tengahari, kami bergerak ke kaunter untuk menaiki Skybridge. Kelihatan dipaparkan waktu lawatan dan juga kadar yang dikenakan kepada pengunjung tempatan dan pelancong asing. Memang jauh bezanya. 

Waktu lawatan dan kadar tiket

Tiket kami :)
Sewaktu kami tiba di situ, kelihatan pelancong asing memenuhi laluan masuk ke kaunter. Mereka sanggup membayar RM80 seorang untuk merasai sendiri pengalaman menaiki Skybridge. Justeru saya tidak merasa ralat untuk membayar RM20 seorang bagi membawa Abah Ummi turut merasai pengalaman yang sama. Logik saya mudah. Sedangkan orang luar beria-ia untuk merasainya, takkan saya sendiri tidak mengambil peluang untuk turut merasainya juga. Kelihatan di satu sudut, dipaparkan status tiket yang masih ada untuk setiap slot waktu lawatan dan ternyata semua slot untuk waktu siang pada hari tersebut telah habis dijual. Ini bermakna tindakan saya untuk membelinya lebih awal adalah tepat. 

Menunggu giliran untuk menaiki lif

Sebelum dibawa menaiki lif ke tingkat 41, kami diberikan pas yang berbeza warna bertujuan untuk membezakan slot waktu lawatan yang menaiki Skybridge kerana setiap pengunjung hanya diberi masa selama 15 minit untuk menikmati pemandangan di situ. 

Pas pelawat

Di dalam lif

Skybridge

Kami dah jejak kaki ke sini :)

Selamat datang - 170 m di atas paras bumi

Kami :)

Pemandangan dari tingkat 41

Tamat masa yang diperuntukkan di Skybridge, kami dibawa menaiki lif lagi untuk ke tingkat 86. Di sini kami dapat menikmati pandangan yang lebih menarik dan kelihatan puncak menara KLCC jelas di hadapan mata kami. Kata Ummi, dia terasa gayat tetapi saya tidak terasa apa-apa pula. Subhanallah! Pemandangannya memang sungguh menarik dan tidak jemu memerhatikannya. 

Tingkat 86

Nampak tak?

Berada betul-betul di hadapan mata kami

Kuala Lumpur
Hampir 20 minit di situ, kami diminta untuk beredar bagi memberi laluan kepada kumpulan lain pula untuk berada di situ. Sebelum beredar, sempat juga kami membeli sedikit cenderamata sebagai kenangan kami pernah berada di situ. 

1 comment:

Riko Adryansyah said...

Assalamualaikum Tuan/Puan.

Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi kami di:

KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency

Kami memberikan pengkhidmatan yang baik dengan penuh rasa kekeluargaan dengan harga tour yang sangat berpatutan di daerah yang favorit untuk di lawati di Indonesia seperti : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour dan Bali Muslim Tour.

Contact person : Riko Adryansyah
Mobile : +6281365654104 ( WhatsApp )
E-Mail : riko_kitaholidays@yahoo.com