Projek Pembinaan Surau An-Nur

Projek Pembinaan Surau An-Nur

Rakan Seperjuangan

Friday, July 19, 2013

Paya Indah Wetlands

Bismillahirrahmanirrahim...

30 Jun 2013 - Beberapa hari sebelum itu, saya terima emel daripada pejabat lama. Jemputan untuk menghadiri hari keluarga yang akan diadakan di Paya Indah Wetlands (PIW), Dengkil. Pada awalnya, saya merasa agak ragu2 untuk hadir tetapi apabila mengenangkan kerjasama yang telah diberikan oleh mereka dalam urusan pengajian dan memikirkan dapat bertemu dengan kawan-kawan, saya bersetuju untuk hadir.

Program sepatutnya bermula pada jam 7.30 pagi tetapi saya hanya tiba di sana pada jam 8.45 pagi. Saya kira saya sudah terlambat tetapi ternyata masih ramai yang belum tiba. Mujur juga saya tidak datang lebih awal.

Ini kunjungan saya yang kedua ke PIW. Kali pertama ke sini adalah kira2 10 tahun yang lalu bersama adik2. Waktu itu PIW masih berada di bawah pengurusan swasta sebelum diambilalih oleh PERHILITAN sehingga sekarang. Saya masih ingat lagi. Waktu itu keadaan PIW tidak seperti sekarang. Paling ketara jumlah pokoknya tidak sebanyak sekarang menyebabkan kepanasan yang amat sangat. Malah kami juga dikenakan kadar tiket sebanyak RM10 seorang untuk masuk ke situ. Sekarang, ia percuma kepada umum.




Memang seronok dapat berkumpul bersama kawan-kawan yang pernah sama-sama mengharungi suka duka di tempat lama. Kata orang, tempat jatuh lagikan dikenang. Ralit kami berbual mengimbau kisah2 lalu di samping berkongsi kisah2 terkini.


Makanan pula memang sangat banyak. Gigih kaum Adam membakar ayam, ikan dan daging kambing untuk hidangan semua.



Saya sebenarnya terharu juga apabila bekas bos menjemput kami untuk bersama-sama turut serta dalam hari keluarga ini. Saya akui saya bukanlah staf yang terbaik semasa bertugas di situ namun bukanlah pula staf yang bermasalah. Justeru, tiada masalah untuk saya memenuhi undangan ke program ini.


Sempat juga saya bertemu dengan bekas anak buah yang turut hadir meskipun sedikit lewat. Saya merindui mereka kerana kami dulu ibarat satu pasukan dan saya menganggap kehadiran mereka sama pentingnya dengan saya. Ringkasnya, kami saling memerlukan dan saya ingin hubungan itu kekal meskipun kami kini tidak lagi berada dalam pasukan yang sama.




Antara aktiviti menarik yang dibuat di sini dan terbuka kepada umum adalah memberi makan badak air dan buaya. Ia dibuat pada jam 10 pagi dan 11 pagi. Sempat juga saya melihat sendiri aksi petugas2 membaling ayam kepada buaya2 yang begitu besar saiznya. Kelihatan ramai juga pengunjung yang membawa anak2 kecil untuk melihat aktiviti tersebut.


Saya juga rasa suasana di sini amat sesuai untuk berkelah dan melepak bersama keluarga terutama pada hujung minggu. Mungkin selepas ini saya akan datang lagi ke sini untuk membawa anak2 saudara merasai sendiri pengalaman melihat buaya2 dan badak air diberi makan. 

Apapun, saya gembira kerana memenuhi undangan ini dan hanya meninggalkan PIW sewaktu jam menghampiri 1 petang. 

No comments: