Projek Pembinaan Surau An-Nur

Projek Pembinaan Surau An-Nur

Rakan Seperjuangan

Wednesday, July 10, 2013

KMB: Pasar Jerudong

Bismillahirrahmanirrahim...

Menurut KD, pasar ini merupakan pasar tumpuan utama rakyat Brunei untuk mendapatkan bekalan barang-barang basah dan keperluan dapur. Namun keadaan kelihatan agak lengang pada hari ini kerana rakyat Brunei lebih gemar membeli-belah di Miri pada hujung minggu mungkin kerana perbezaan matawang yang agak tinggi di antara RM dan BND. Pada saya, situasi ini lebih kurang sama seperti rakyat Singapura yang gemar membeli-belah di Johor kerana lebih menguntungkan mereka. 


Jika dilihat kepada harga ikan, ia kelihatan agak murah berbanding di Malaysia. Mungkin kerana mereka tidak menjual melalui peraih seperti amalan kebiasaan di negara kita sebaliknya menjual terus sebaik ikan tiba di jeti. 





Tepung sagu yang digunakan untuk membuat ambuyat juga turut dijual di sini tetapi mustahil saya akan membelinya :P


Kami beli keropok udang ini yang dibuat menggunakan udang segar pada harga BND3 sebungkus dan BND5 untuk 2 bungkus. 


Udang segar yang dikeringkan.


Buah palaban, kata salah seorang peniaga di situ.


Lebih menarik, pasar ini terletak berdekatan dengan laut dan di sepanjang kaki lima, dipenuhi dengan para peniaga yang menjual binatang-binatang seperti arnab, burung nuri, burung kakak tua dan ayam. Suasananya kelihatan seperti berada di dalam mini zoo apabila melihat jumlah binatang yang agak banyak. 











Hampir 2 jam juga kami di situ membeli bekalan untuk dijadikan buah tangan dan seterusnya bersalaman dengan KD dan keluarga sebelum meneruskan perjalanan pulang ke Miri. Saya sebenarnya sudah berjanji untuk bertemu pula dengan seorang kawan yang bekerja di Miri pada waktu tengahari. 

No comments: