Projek Pembinaan Surau An-Nur

Projek Pembinaan Surau An-Nur

Rakan Seperjuangan

Friday, July 19, 2013

Menonton Wayang di Pejabat

Bismillahirrahmanirrahim...

Ini antara perkara menarik yang saya temui di tempat baru malah ini merupakan penganjuran kali pertama dibuat di sini. Namun saya lihat persediaan yang dibuat memang cukup baik. Sebagai orang baru, kami dipelawa untuk menyetai aktiviti tersebut iaitu menonton tayangan cerita bersama kakitangan yang lain. Pada awalnya, saya sedikit skeptikal dengan aktiviti tersebut kerana seumur hidup memang tidak pernah menjejakkan kaki ke panggung wayang. Namun apabila melihat jalan cerita yang ditayangkan, saya akui yang ia satu kaedah baru sebagai pengisian selain kaedah ceramah atau kaedah2 lain yang biasa digunakan.


Tahniah kepada urusetia yang membuat persediaan rapi termasuk menyediakan kiosk popcorn, ice blended, cotton candy dan pizza. Namun saya tidak dapat menikmati kesemua itu kerana secara kebetulan saya berpuasa pada hari tersebut.


Cerita yang ditayangkan bertajuk 'Coach Carter' dan ini merupakan kali pertama saya menontonnya. Sebuah cerita yang sarat dengan pelbagai pengajaran terutama dalam soal kepentingan kerja berpasukan dan saling menghormati antara satu sama lain. Lebih menyentuh hati apabila cerita tersebut berkisar dunia kulit hitam di sebuah bandar (Richmond) yang seolah-olah tiada masa depan, cuba bangkit membuktikan yang mereka boleh berjaya dan seterusnya keluar dari kepompong yang selama ini membelenggu mereka. Usaha keras seorang jurulatih bernama Carter yang juga pernah menjadi pemain bola keranjang di situ untuk mendidik pelajar2nya telah membuahkan hasil dan membuktikan yang mereka sebenarnya jauh lebih hebat daripada yang mereka sangkakan.




Sebaik tamat sesi tayangan, kami diminta untuk memberi sedikit ulasan dan pandangan tentang pengajaran yang dapat dikutip daripada cerita tersebut serta boleh diaplikasikan dalam organisasi. Saya cuba untuk memberikan pendapat berdasarkan pemahaman sendiri meskipun masih sedikit gementar berhadapan dengan dunia baru ini. Apapun, ia satu aktiviti yang bagus dan boleh dipraktikkan di tempat-tempat lain juga sebagai salah satu kaedah untuk mempelbagaikan penyampaian ilmu. 

No comments: