Projek Pembinaan Surau An-Nur

Projek Pembinaan Surau An-Nur

Rakan Seperjuangan

Wednesday, July 10, 2013

KMB: Masjid Omar 'Ali Saifuddien

Bismillahirrahmanirrahim...

Usai makan malam, KD dan keluarga terus pulang sementara saya dan Abah Ummi singgah ke sebuah masjid yang juga menjadi kebanggaan rakyat Brunei iaitu Masjid Omar 'Ali Saifuddien. Masjid ini juga terletak tidak jauh dari kediaman KD. 

Dari jauh sudah kelihatan cahaya yang menerangi masjid tersebut membuatkan ia kelihatan sungguh gah. Oleh kerana kami tiba melewati waktu solat Isyak, pintu pagar masjid sudah ditutup dan kami hanya dapat mengambil gambar daripada luar sahaja. 




Masjid ini dikelilingi oleh tasik dan terdapat sebuah replika kapal yang diletakkan di dalam tasik tersebut menambahkan lagi keindahannya. Kemudian kami terus pulang kerana pagi esok kami akan bertolak pulang ke Miri pula. Namun sebelum itu, KD ingin membawa kami ke pasar basah yang terletak di Jerudong.

No comments: