Projek Pembinaan Surau An-Nur

Projek Pembinaan Surau An-Nur

Rakan Seperjuangan

Wednesday, July 10, 2013

Marhaban Ya Ramadhan

Bismillahirrahmanirrahim...

10 Julai 2013 - Alhamdulillah, masih diberi peluang olehNya untuk berada dalam bulan Ramadhan 1434H. Masih terbayang lagi pengalaman ditimpa kemalangan yang hampir meragut nyawa saya beberapa hari sebelum Ramadhan pada tahun lepas. Sejak itu, perasaan yang sama timbul apabila Ramadhan semakin hampir iaitu sama ada saya akan sempat melalui Ramadhan yang bakal menjelang atau tidak. Justeru, saat masih diberi peluang untuk menghirup udara pada 1 Ramadhan 1434H, ia satu nikmat yang memang patut disyukuri. 

Ramadhan kali ini pasti sedikit berbeza buat saya kerana selepas beberapa tahun menjadikan masjid-masjid di Putrajaya sebagai lokasi wajib untuk berbuka puasa sekiranya tiada majlis yang perlu dihadiri, tahun ini saya berubah arah ke Masjid Wilayah, KL. Perubahan ini berpunca daripada perubahan tempat kerja apabila saya kini tidak lagi ditugaskan di Putrajaya. 

Sebenarnya, saya memang berhajat untuk menitipkan sedikit luahan tentang perubahan baru tersebut di blog ini namun keadaan masih belum mengizinkan dan titipan itu masih kekal berada di dalam folder draft. InsyaAllah, akan saya kongsikan juga nanti dalam masa terdekat sebaik melunaskan hutang-hutang entri lain yang juga masih berada di dalam folder draft

Apapun, marilah sama-sama kite rebut tawaran ganjaran yang diberikan oleh Allah kepada hamba-hambanya sepanjang pesta bulan ibadah ini. Dalam entri terdahulu, saya pernah menyatakan yang saya memang teruja dengan kedatangan Ramadhan kerana segalanya nampak indah apabila kita semua kembali kepada fitrah. Paling ketara apabila rancangan-rancangan di TV juga turut disesuaikan dengan kedatangan bulan yang mulia ini. 

Marhaban ya Ramadhan!

No comments: