Projek Pembinaan Surau An-Nur

Projek Pembinaan Surau An-Nur

Rakan Seperjuangan

Thursday, July 18, 2013

Makan Tengahari Tajaan En. K5

Bismillahirrahmanirrahim...

Nama sebenar, Khairulnizam bin Hashim. Sebelum ini dikenali sebagai En. K tetapi kemudian kami menukarnya menjadi En. K5 sesuai dengan kenderaan yang dipandunya :)

Sebelum ini, En. K5 pernah berjanji untuk membelanja kami makan di restoran Seoul Garden, Puchong tetapi atas sebab kesibukan masing-masing, hasrat itu sering tertunda.

Akhirnya, sewaktu saya sedang berada dalam 'pool', kami sepakat untuk makan tengahari bersama tetapi di lokasi yang lebih dekat iaitu kafe di Pusat Maritim, Presint 5 Putrajaya. Perancangan spontan nampaknya lebih berkesan buat kami apabila hanya seorang tidak dapat hadir kerana faktor lokasi.

Memang meriah apabila dapat berkumpul bersama teman-teman yang pernah sama-sama melalui susah senang di alam pekerjaan. Suasana jerebu yang masih kelihatan agak kelam juga tidak kami hiraukan. Kami terpaksa duduk di meja yang berada di kawasan terbuka kerana kawasan tertutup telah penuh dengan pelanggan lain.


Setiap seorang dengan gaya dan kerenah yang tersendiri namun adunan itulah yang mencantikkan persahabatan kami. Semoga persahabatan ini kekal sampai bila-bila.

 
Kepada En. K5, terima kasih kerana menaja makan tengahari kami. Semoga dimurahkan rezeki dan senantiasa diberkatiNya jua.
 

No comments: