Projek Pembinaan Surau An-Nur

Projek Pembinaan Surau An-Nur

Rakan Seperjuangan

Friday, July 19, 2013

Madfoon Palace

Bismillahirrahmanirrahim...

29 Jun 2013 - Untuk mengubat kekecewaan akibat layanan di TROM, kami ke kedai yang bersebelahan dengannya iaitu Madfoon Palace. Ia sebuah restoran Arab dan tidak kedekut dengan password WIFI malah melayan kami dengan baik meskipun kami hanya memesan hidangan ringan sahaja.









Mujur juga kami hanya memesan satu hidangan sahaja kerana kuantitinya boleh dinikmati untuk 2-3 orang. Kami sekadar singgah untuk melepaskan kekecewaan dengan layanan di TROM tadi. Kali ini MakTeh tidak turut serta kerana ingin ke Ipoh pula bersama rakan-rakannya. Namun ada hikmahnya juga saya dan Bayu singgah di Madfoon Palace terlebih dahulu dan tidak terus pulang kerana kereta MakTeh menghadapi masalah tangki air tersumbat menyebabkan suhu naik mendadak. Akhirnya kami menunggu sehingga kereta siap dibaiki di bengkel berdekatan dan sempat singgah di jualan gudang The Store yang diadakan di Dewan Keramat AU5. 

Usai kereta siap dibaiki, kami meneruskan perjalanan menuju haluan masing-masing kerana saya juga punya agenda pada malamnya di Putrajaya. 

No comments: