Projek Pembinaan Surau An-Nur

Projek Pembinaan Surau An-Nur

Rakan Seperjuangan

Thursday, July 18, 2013

Kompleks Taman Seni Islam Selangor

Bismillahirrahmanirrahim...

Antara sebab saya tidak dapat pulang ke kampung bersama Abah Ummi tempohari adalah membantu menguruskan soal pembinaan surau di taman perumahan. Saya perlu ke Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang terletak di Shah Alam untuk menyerahkan beberapa dokumen yang diperlukan dalam urusan tersebut.

Usai urusan di JAIS, saya terpandang satu poster yang tergantung di sekeliling Kompleks Taman Seni Islam. Bagi yang tidak mengetahui, kompleks ini terletak bersebelahan dengan Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dan juga berhadapan dengan bangunan JAIS.

Sewaktu tinggal di Shah Alam, saya pernah juga beberapa kali datang ke sini untuk mengikuti kuliah yang dianjurkan di dalam dewan kompleks tersebut.

Lalu saya putuskan untuk singgah dan melihat sendiri program tersebut. Kenderaan kelihatan agak banyak memenuhi parkir tetapi masih ada ruang untuk kereta saya. Barulah saya perasan yang hari itu merupakan hari pelancaran festival tersebut. Tiket sebanyak RM10 dikenakan kepada pengunjung dewasa dan RM5 kepada kanak2.



Di ruang legar kompleks, digantungkan replika jubah yang dikatakan menyamai saiz badan Nabi Adam. Memang sangat besar dan tinggi sehingga sebahagian jubah terpaksa dilipat daripada mencecah tanah.


Kemudian saya masuk ke dalam galeri2 yang menempatkan pameran2 yang dimaksudkan. Agak mengecewakan apabila pencahayaan yang sangat gelap menyebabkan saya tidak dapat membaca nota yang disediakan di sisi bahan pameran. Saya faham jika niat penganjur berbuat demikian adalah untuk mengelakkan daripada pelawat mengambil gambar tetapi memalapkannya sehingga nota pameran tidak dapat dibaca, bukanlah satu tindakan yang bijak. Di samping itu, saya juga dapat melihat yang penganjur kelihatan masih belum betul-betul bersedia dengan pameran tersebut apabila masih kelihatan beberapa orang petugas memanjat di sudut-sudut tertentu untuk membetulkan kedudukan bahan pameran.





Akhirnya, saya keluar daripada ruang pameran dan hanya bersiar-siar di kawasan sekitar kompleks sahaja di samping membeli cenderamata sebagai tanda kenangan.

No comments: