Projek Pembinaan Surau An-Nur

Projek Pembinaan Surau An-Nur

Rakan Seperjuangan

Wednesday, July 10, 2013

KMB: Ziarah

Bismillahirrahmanirrahim...

Ini merupakan tujuan asal saya dan Hajar bertemu pada petang itu iaitu untuk menziarahi seorang lagi rakan sepengajian sewaktu di UIA iaitu Roza. Kami telah diamanahkan oleh rakan-rakan seangkatan UIA yang lain untuk menyampaikan sedikit sumbangan kepada keluarga Roza yang telah ditimpa dugaan kehilangan orang-orang tersayang dalam jangka waktu yang singkat. Namun ketentuanNya, kedatangan kami tidak ditakdirkan dapat bertemu dengan Roza yang telah kembali ke UIA untuk meneruskan pengajian peringkat PhDnya. Kami hanya sempat bertanya khabar dengan ibu Roza yang juga tidak berapa sihat akibat serangan strok dan beberapa orang anggota keluarga Roza yang kebetulan turut hadir sewaktu kedatangan kami.

Lega rasanya apabila dapat menunaikan amanah yang telah diberikan kepada kami meskipun sedikit terkilan kerana tidak dapat bersua dengan Roza kerana kali terakhir saya bertemu dengan Roza adalah sewaktu majlis konvokesyen kami pada tahun 2004.


Oleh kerana Abah Ummi tidak turut serta dalam ziarah ini, saya menumpang kereta Hajar untuk ke rumah Roza yang terletak tidak jauh dari bandar Miri. Maka Hajar perlu menghantar saya kembali ke hotel sebelum pulang ke rumahnya yang terletak hampir 1 jam pemanduan daripada bandar Miri. 

No comments: