Projek Pembinaan Surau An-Nur

Projek Pembinaan Surau An-Nur

Rakan Seperjuangan

Wednesday, July 10, 2013

KMB: Sate Miri

Bismillahirrahmanirrahim...

Usai solat jamak Zohor dan Asar, saya telah berjalan kaki seorang diri ke Bintang Megamall untuk melihat sendiri apa yang ada di sana. Sengaja saya tidak mengajak Abah Ummi untuk memberi ruang kepada mereka berehat sepuasnya.

Saya kembali semula ke hotel sekitar jam 7 malam untuk mandi dan solat. Kemudian saya hubungi Abah Ummi untuk bertanya sama ada mereka ingin makan malam atau tidak. Jika diikutkan kata Ummi, memang dia tidak mahu makan malam kerana stok makanan yang dibeli di Brunei masih lagi banyak. Lalu saya kembali ke bilik untuk menonton TV.

Sekitar jam 8.30 malam, Abah hubungi saya dan mengajak untuk keluar berjalan-jalan. Saya terus bersiap dan Ummi yang merasa kurang sihat juga turut serta. Saya bawa mereka ke medan selera berdekatan dan memesan sate. Sengaja saya tidak memesan makanan berat kerana kami tidaklah begitu lapar sangat.


Boleh tahan juga rasa sate di sini walaupun kuahnya sedikit cair dan saiz sate juga agak kecil. Harganya pula 70 sen secucuk. 


Sebaik menghabiskan sate, saya bawa Abah Ummi ke Bintang Megamall kerana Abah ingin membeli seluar panjang. Oleh kerana kami tiba sekitar jam 9 malam dan tempat tersebut ditutup pada jam 10 malam, suasana kelihatan agak lengang dan sudah ramai peniaga yang mula berkemas untuk menutup premis masing-masing. Akhirnya, Abah membatalkan hasratnya dan kami menghabiskan masa dengan bersiar-siar dengan kereta mengelilingi bandar Miri. Kami hanya kembali ke hotel sekitar jam 11 malam dan berkemas kerana akan bertolak pulang ke KL pada keesokan pagi. 

No comments: