Projek Pembinaan Surau An-Nur

Projek Pembinaan Surau An-Nur

Rakan Seperjuangan

Wednesday, July 10, 2013

KMB: Pacific Orient Hotel

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah, keadaan hotel yang ditempah baik meskipun bukan bertaraf 3 bintang ke atas. Lebih menggembirakan apabila saya layak menerima harga untuk kakitangan kerajaan walaupun saya tidak membawa pas pengenalan sebagai bukti. Mungkin rezeki saya kerana menempah 2 unit bilik di situ. Memandangkan Abah Ummi ingin berehat sahaja di hotel, saya meninggalkan mereka di situ selepas menyelesaikan urusan daftar masuk dan meneruskan agenda sebenar saya dan Hajar bertemu di Miri pada petang itu.



Kedudukan hotel ini boleh saya katakan agak strategik kerana terletak berhadapan dengan Miri Handicraft Centre dan berhampiran dengan medan selera yang menempatkan banyak gerai makanan di dalamnya. Di samping itu, sebuah kompleks membeli-belah terbesar iaitu Bintang Megamall juga berada dalam jarak berjalan kaki selama 7 ke 10 minit daripada hotel tersebut.

No comments: