Projek Pembinaan Surau An-Nur

Projek Pembinaan Surau An-Nur

Rakan Seperjuangan

Wednesday, July 10, 2013

KMB: Nasi Lelapan di Restoran Muara

Bismillahirrahmanirrahim...

Ketibaan kami di bandar Miri memang tepat pada masanya kerana kawan saya, Hajar dan keluarga juga sudah selesai dengan urusan mereka di sana. Oleh kerana kami belum makan tengahari, saya meminta Hajar membawa kami ke Restoran Muara untuk mencuba nasi lelapan yang sering diceritakan dalam blog. Restoran tersebut terletak berhampiran dengan laut tetapi berada di dalam blok kedai. 



Hajar sedang memangku anaknya, Adam yang sedang lena tidur. Hajar merupakan kawan sepengajian saya di UIA. Kini Hajar dan suami menjadi pendidik di sebuah sekolah di Miri. 


Saya memesan nasi lelapan ikan keli sementara Abah Ummi memesan nasi lelapan ikan bawal. Rupa-rupanya ia dinamakan nasi lelapan kerana lapan jenis ramuan yang terkandung dalam hidangan tersebut. Mari kita kira ramuan untuk hidangan yang saya pilih:

1. Ikan keli
2. Tempe
3. Tauhu
4. Pucuk ubi kayu - celur
5. Timun
6. Kubis - celur
7. Sambal belacan
8. Kacang panjang - celur
9. Limau nipis
10. Nasi putih

Eh, terlebih pulak? Macamana ni?



Hidangan ini sepatutnya dimakan dengan sup tetapi kerana sup sudah kehabisan, kami terpaksa menghabiskan hidangan tersebut tanpa sup. Agak memaksa diri jugalah untuk menghabiskan hidangan yang kering berulam sambal belacan sahaja. Harganya? Hmmm...agak mahal juga pada saya.

No comments: