Projek Pembinaan Surau An-Nur

Projek Pembinaan Surau An-Nur

Rakan Seperjuangan

Wednesday, July 10, 2013

KMB: Kembali ke Miri

Bismillahirrahmanirrahim...

Anehnya, perjalanan pulang ke Miri terasa lebih cepat berbanding perjalanan sewaktu datang ke Brunei. Benar kata orang-orang tua. Selalunya apabila kita dalam perjalanan ke suatu tempat asing, kita terasa perjalanan sangat jauh dan menjadi lambat kerana disapa oleh pokok-pokok yang belum mengenali kita tetapi dalam perjalanan pulang, kita tidak lagi disapa oleh pokok-pokok kerana sudah dikenali. Ia mungkin kedengaran agak lucu tetapi itulah indahnya analogi orang-orang tua. Hakikatnya, setiap perjalanan yang asing memang akan terasa seperti jauh kerana tidak mengetahui penghujungnya menyebabkan kita lebih berhati-hati dalam setiap langkah agar tidak tersesat jalan. Namun apabila kita sudah tiba di destinasi, perjalanan pulang tidak lagi menjadi satu masalah besar. Begitulah juga dengan kehidupan ini. Setiap perkara yang belum pasti akan menyebabkan kita merasa gusar dan bimbang untuk meneruskan langkah kerana tidak tahu kemungkinan yang bakal didepani. Namun setelah langkah diteruskan, akhirnya ia tidak seburuk yang disangka. 


Dalam perjalanan, saya singgah di sebuah stesen minyak untuk mengisi petrol namun dimaklumkan yang saya perlu ke sebuah stesen minyak lain kerana hanya stesen minyak tertentu sahaja yang membenarkan kenderaan tidak berdaftar di Brunei untuk membeli petrol. Saya akur dengan peraturan itu dan meneruskan perjalanan ke stesen minyak yang dimaksudkan oleh atendan tersebut. Cuak juga kerana kedudukan stesen minyak yang agak jauh sedangkan minyak sudah hampir kehabisan. Mujur juga saya sudah memenuhkan tangki minyak sewaktu memasuki Brunei kerana kadar yang berbeza dikenakan kepada kenderaan tidak berdaftar di Brunei. Kini saya faham sebab KD tidak membawa kenderaannya dari Malaysia sebaliknya membeli kenderaan terpakai di Brunei sahaja. 


Bukan sahaja kadar harga yang berbeza, saya juga diminta untuk menulis nama dan isipadu minyak yang diisi di dalam borang yang disediakan di situ. 


Di Brunei, harga minyak untuk rakyat tempatan adalah 53 sen seliter manakala untuk orang luar, 89 sen seliter. 


Suasana di pos imigresen kelihatan kereta agak banyak kerana rakyat Brunei memang gemar ke Miri pada hujung minggu. 







Bersedia untuk membayar tol sebanyak RM10.


Keadaan jalan yang belum siap melambatkan perjalanan dan sedikit merimaskan. Kasihan juga pada Abah yang terpaksa melantun-lantun di tempat duduk belakang akibat keadaan jalan tersebut. 

No comments: