Projek Pembinaan Surau An-Nur

Projek Pembinaan Surau An-Nur

Rakan Seperjuangan

Wednesday, July 10, 2013

KMB: E-mart Miri

Bismillahirrahmanirrahim...

Sebelum memasuki bandar Miri, kami singgah di E-Mart untuk melihat apa yang ada di dalamnya kerana sebelum ini saya kerap membaca mengenainya di dalam blog pengunjung yang pernah datang ke Miri. 

Pada saya, ia seperti one stop centre kerana menempatkan hampir semua barang keperluan basah dan kering. Malah ia juga kelihatan seperti pasar Benh Tanh, Vietnam tetapi dengan ruang antara kedai yang lebih luas. 








Antara perkara yang mengejutkan yang dijual di sini adalah jeruk maman kerana kebiasaannya ia hanya terdapat di negeri-negeri Pantai Timur sahaja. 




Kami turut tidak melepaskan peluang untuk membeli kuih muih yang dijual di situ terutama kuih tradisional pada harga yang saya rasakan sangat murah.







Hampir 1 jam juga kami di situ sebelum meneruskan perjalanan ke bandar Miri kerana kawan saya juga sudah tiba di sana. 

No comments: