Projek Pembinaan Surau An-Nur

Projek Pembinaan Surau An-Nur

Rakan Seperjuangan

Friday, July 19, 2013

Kempen Derma Darah ANSARA

Bismillahirrahmanirrahim ...

6 Julai 2013 - Memang menjadi aktiviti tahunan ANSARA untuk menganjurkan kempen derma darah pra-Ramadhan dan ini merupakan kali ke-7 ia diadakan. Tahun2 sebelum ini, saya tidak berpeluang untuk hadir memberikan sokongan tetapi pada tahun ini, saya sudah berniat untuk hadir dan jika layak, turut mendermakan darah. Sebelum ini, saya pernah beberapa kali ditolak daripada menderma darah kerana faktor kekurangan zat besi. Alhamdulillah, ujian pada kali ini menunjukkan yang saya layak untuk mendermakan darah.




Turut serta adalah seorang lagi rakan alumni iaitu Bob meskipun dia didapati tidak layak untuk menderma. Apa yang penting adalah semangat untuk hadir dan turun memberi sokongan tetap tinggi.


Rakan2 AJK yang begitu komited menjalankan tugas yang telah diamanahkan. Aktiviti ini sebenarnya digerakkan oleh ANSARA di seluruh negara dan setiap cawangan ANSARA diberikan tanggungjawab untuk menguruskan lokasi tertentu. ANSARA Muar telah diberikan tanggungjawab untuk menguruskan program di AEON Jusco Cheras Selatan. Ini juga antara faktor yang menambahkan semangat saya untuk turut serta iaitu kerana lokasinya yang berhampiran dengan teratak saya :)


Saya masih ingat kali pertama saya menderma darah. Takutnya hanya Allah yang tahu kerana saya memang kurang gemar dengan apa sahaja yang berkaitan dengan hospital/klinik. Mungkin ini antara faktor saya tidak layak menjadi seorang doktor (alasan!).


Selepas beberapa kali melaluinya, saya sudah boleh menerima keseraman saat jarum dicucuk masuk dan melihat darah mengalir keluar melaluinya. 


Saya sebenarnya merasa kagum apabila melihat kesungguhan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, beratur menunggu giliran untuk menderma darah. Itu sisi baik yang perlu dikekalkan di negara yang tercinta ini.


Tidak sampai setengah jam, darah sebanyak 2 pain telah memenuhi kantung yang disediakan. Ya, darah saya jenis A+. Ini sumbangan kecil saya sempena Ramadhan dan semoga ia memberi manfaat yang besar kepada yang memerlukannya. 

1 comment:

Jαnnαhツ said...

Saya dari dulu berimpian nak derma darah. Tapi sampai je tmpat nak derma lutut msti ketaq.hahah. takut tgok picagari. Lol. Tahniah anda berjaya mnderma dgn jayanya huhu