Projek Pembinaan Surau An-Nur

Projek Pembinaan Surau An-Nur

Rakan Seperjuangan

Friday, July 19, 2013

Floria 2013

Bismillahirrahmanirrahim...

Agenda saya pada waktu malam adalah untuk ke Floria bersama kawan-kawan iaitu Pachat dan Tmot. Hati saya teringin untuk ke situ kerana tertarik dengan pameran bot berhias yang tidak ada dalam Floria terdahulu. Pada awalnya kami berjanji untuk bertemu di sana selepas waktu Maghrib tetapi akhirnya menjadi selepas waktu Isyak. Malam itu merupakan malam terakhir sebelum tamat pameran Floria. Oleh kerana ia juga malam minggu, memang penuh sesak dengan pengunjung yang datang membawa ahli keluarga berjalan-jalan.



Paling menarik, letusan bunga api pada jam 10 malam yang menghiasi langit. Apapun, ia turut menimbulkan isu apabila ia dibuat dalam keadaan jerebu masih melanda negara.


Kemudian kami masuk ke dalam khemah-khemah yang menempatkan dekorasi bunga-bunga. Memang gigih dan kreatif melihat hasil yang dipamerkan di situ. Ibaratnya kalau disuruh saya membuatnya, entah apa akan jadi kerana saya mengaku memang tidak berbakat dalam bab-bab hiasan bunga.



Kami - Tmot, Pachat dan saya
Sebelum pulang, kami sempat singgah di khemah yang menempatkan gerai makanan dan minuman. Menariknya, tiba2 sekumpulan pakcik2 memakai kain batik, baju batik dan berselipar bersama peralatan muzik datang untuk menghiburkan kami. Saya akui persembahan mereka memang menarik malah suara juga asli. Serius saya tidak tahu siapa mereka meskipun saya mengambil kesempatan untuk bergambar dengan mereka sebagai tanda kenangan.

No comments: