Projek Pembinaan Surau An-Nur

Projek Pembinaan Surau An-Nur

Rakan Seperjuangan

Thursday, July 18, 2013

Fasa Baru

Bismillahirrahmanirrahim...

23 Jun 2013 - Hidup adalah dinamik. Justeru, perubahan memang tidak dapat dielakkan. Hari ini saya kembali ke alam pekerjaan selepas 'berehat' selama 21 bulan 15 hari dan ia bukan sesuatu yang mudah. Saya akui terpaksa mengumpul keazaman yang kuat untuk menggagahkan diri hadir melaporkan diri ke pejabat. Mujur juga saya tidak bersendirian kerana Arab turut melaporkan diri pada hari yang sama.

Meskipun masih dalam 'denial mode', kami patuhi arahan yang telah diberikan dan hadir pada waktu yang telah ditetapkan. Buat sementara, penempatan masih belum dibuat dan kami diminta menunggu di perpustakaan. Istilah yang sering kami gunakan adalah 'floating' ataupun 'pool'. Ada hikmahnya juga kerana luang waktu yang ada dapat kami manfaatkan untuk menyempurnakan saki-baki tesis yang masih belum disempurnakan secara total selepas viva tempohari. Tempoh ini juga kami anggap sebagai tempoh bertenang dan transisi sebelum kami diberikan penempatan kelak.

 
Apabila diimbas kembali, terasa seolah-olah baru semalam kami menerima surat tawaran pengajian tetapi hari ini tempoh yang diberikan sudah berakhir. Begitu pantas masa berlalu. Hidup perlu diteruskan.
 

No comments: