Projek Pembinaan Surau An-Nur

Projek Pembinaan Surau An-Nur

Rakan Seperjuangan

Thursday, July 18, 2013

El-Dante

Bismillahirrahmanirrahim...

Ini antara yang saya dan Arab lakukan sewaktu berada di dalam 'pool'. Kami gunakan kesempatan ini untuk berjumpa dengan teman-teman yang sudah lama tidak ditemui.

Kali ini kami berjumpa di restoran El-Dante, Galleria Putrajaya. Sebuah restoran yang berkonsepkan makanan Itali katanya tapi saya tetap memesan nasi goreng sebagai menu utama :)

Kami

Sebelum ini, kami berempat pernah berjanji untuk makan tengahari bersama tetapi cubaan pertama kami gagal mengumpulkan kesemuanya kerana Shah tiba-tiba mempunyai urusan yang perlu diuruskan segera.

Shah

Arab dan Azhar

 
Alhamdulillah, cubaan kali ini berjaya dan banyak yang kami kongsikan terutama buat Azhar dan Shah yang merancang untuk menyarung jersi pelajar seperti kami dahulu.
 

No comments: