Projek Pembinaan Surau An-Nur

Projek Pembinaan Surau An-Nur

Rakan Seperjuangan

Friday, July 19, 2013

Dunia Baru - Dari Putrajaya ke Jalan Duta

Bismillahirrahmanirrahim...

1 Julai 2013 - Akhirnya, penantian saya terjawab. Surat penempatan telah dikeluarkan dan saya diminta melaporkan diri ke tempat baru pada hari yang sama. Agak memeranjatkan juga kerana saya tidak pernah menjangka akan dihantar bertugas ke tempat tersebut namun saya terima dengan hati yang terbuka. Saya yakin pasti ada hikmah di sebalik setiap ketentuanNya ini. Pun begitu, kerisauan tetap bersarang di hati untuk berhadapan dengan dunia baru selepas meninggalkannya selama hampir 2 tahun. Malah saya kini tidak lagi akan berulang-alik ke Putrajaya sebaliknya ke Jalan Duta.


Memang banyak perubahan yang perlu saya buat terutama waktu bangun tidur. Jika dulu, saya bebas untuk tidur sekejap selepas solat Subuh dan bertolak ke kelas selepas waktu puncak. Kini, saya perlu bertolak seawal jam 6.30 pagi untuk mengelakkan kesesakan yang teruk. Mujur juga saya sudah terbiasa dengan laluan yang hampir sama dengan laluan saya berulang-alik ke UTM dahulu. Justeru, saya masih boleh menerima keadaan trafiknya yang lazim akan sesak cuma kadarnya sedikit berbeza bergantung kepada masa bertolak. Untuk mengelakkan kesesakan melampau, saya terpaksa turun seawal 6.30 pagi dan berehat sebentar sebelum memulakan tugas. Jika difikir2kan semula, mungkin ini jawapan kepada doa saya sebelum ini. Di hujung pengajian, saya sering berdoa agar Allah menempatkan saya di tempat yang memudahkan saya untuk menunaikan solat dhuha di samping solat wajib. Tidak pula saya memohon agar dikekalkan di Putrajaya. 

Kini, saya akan tiba di pejabat sekitar jam 7.15 pagi dan paling lambat 7.30 pagi. Justeru, saya punya banyak waktu untuk menunaikan solat dhuha atau membaca Al-Quran terlebih dahulu sebelum memulakan tugas. Cabarannya adalah untuk memastikan saya tidur awal pada malamnya iaitu sebelum jam 12 tengah malam. Jika tidak, saya akan berhadapan dengan masalah yang besar untuk bangun pada jam 5 pagi. 

Kata2 ini jangan pula disalahertikan sebagai menunjuk2 yang saya ini baik orangnya. Saya sedar masih banyak kekurangan pada diri yang perlu diperbaiki dan itu cara saya memastikan yang saya sentiasa berada di atas trek yang sepatutnya. 


Saya sebenarnya agak bimbang kerana cabaran yang bakal didepani dalam dunia baru ini memang akan lebih hebat. Justeru, saya perlu menguatkan semangat untuk menghadapinya agar saya tidak mudah tewas dan akhirnya beralah. Mungkin terbit sedikit perasaan kurang selesa dengan dunia baru ini tetapi saya percaya Allah pasti akan meletakkan saya di tempat yang Dia tahu saya mampu menanggungnya. Ada pengajaran yang ingin disampaikan olehNya kepada saya di sebalik perjalanan ini. 

Kerisauan saya juga berkurang apabila mendapat tahu yang sebahagian besar rakan-rakan seangkatan juga telah lebih awal berada di sini. Tidaklah saya merasa terlalu ralat berada di dalam dunia baru ini. 

Sehingga hari ini, saya masih menanti tugasan sebenar yang akan diberikan kepada saya untuk digalas. Sementara itu, saya akan menanti dengan penuh sabar dan debar...

No comments: