Projek Pembinaan Surau An-Nur

Projek Pembinaan Surau An-Nur

Rakan Seperjuangan

Saturday, July 6, 2013

Cendol

Bismillahirrahmanirrahim...

Lokasi: Seksyen 18, Shah Alam.

Sewaktu menyewa di Shah Alam, saya sering ke sini jika teringin menikmati cendol. Kadang-kadang saya pesan cendol pulut jika ingin mengubah selera. Pada saya, ia antara cendol yang sedap pernah saya nikmati selain cendol di Teras Jernang (TJ), Bangi. Malah saya mengenali cendol di sini lebih awal sebelum cendol TJ. Bagi saya, cendol yang sedap adalah apabila mempunyai kacang merah yang banyak, gula melaka yang pekat tapi tidak terlalu manis dan campuran santan yang tidak terlalu pekat atau cair. Sebelum ini juga saya pernah membawa adik-adik untuk sama-sama menikmati dan merasai keenakan cendol di sini. Gerainya hanya sebuah basikal yang dilengkapi dengan meja menempatkan bahan-bahan untuk cendol dan rojak. Paling menarik, ais diparut secara manual menggunakan pemarut. Namun hasilnya tetap sama seperti menggunakan mesin. Di sampung itu, rojak yang dijual juga tidak kurang sedapnya. 

Sudah agak lama juga saya tidak menikmati cendol tersebut sejak meninggalkan bandaraya Anggerik ini. Malah walaupun sering juga ke Shah Alam, saya tidak pula tergerak hati untuk singgah membelinya. Di sini, kita mempunyai pilihan sama ada menikmati cendol di situ sahaja kerana bangku plastik ada disediakan atau dibungkus untuk dibawa pulang. Sebungkus cendol biasa berharga RM2.50 dan cendol pulut pula RM3. Seingat saya, dulu harga lebih rendah dikenakan jika cendol terus dinikmati di situ namun saya kurang pasti sama ada ia masih dipraktikkan begitu sehingga sekarang atau tidak dan saya pula tidak sempat untuk bertanya tentangnya.

Kali ini saya beli 2 bungkus cendol kerana tidak pasti bila akan berpeluang untuk datang ke sini lagi :)

No comments: