Projek Pembinaan Surau An-Nur

Projek Pembinaan Surau An-Nur

Rakan Seperjuangan

Wednesday, July 10, 2013

KMB: Balai Alat Kebesaran Diraja

Bismillahirrahmanirrahim...

Pada sebelah petangnya pula, saya membawa Abah Ummi melawat Balai Alat Kebesaran Diraja yang terletak tidak jauh daripada rumah KD. Tiada sebarang bayaran dikenakan untuk memasuki balai ini namun pelawat diminta untuk tidak mengambil gambar dan meninggalkan telefon bimbit di dalam loker yang disediakan di ruang lobi. 



Kami tiba di balai ini sekitar jam 4 petang dan mujur ia ditutup pada jam 5 petang.


Meskipun pelawat tidak dibenarkan untuk mengambil gambar di dalam ruang pameran yang menempatkan salasilah Sultan Brunei serta peristiwa-peristiwa bersejarah berkaitan Baginda, pelawat dibenarkan untuk mengambil gambar di ruang lobi balai tersebut. 




Tandu ini yang ditempatkan di tengah-tengah ruang lobi merupakan tandu yang pernah digunakan semasa perkahwinan anakanda sebelum ini.


Kami diminta beredar 10 minit sebelum balai ditutup namun sebelum itu kami sempat membeli beberapa cenderamata yang dijual di kedai cenderamata di dalam balai. Ternyata harganya jauh lebih murah berbanding kedai cenderamata yang kami kunjungi sebelum ini. 

No comments: