Projek Pembinaan Surau An-Nur

Projek Pembinaan Surau An-Nur

Rakan Seperjuangan

Tuesday, April 2, 2013

Pink atau Biru?

Bismillahirrahmanirrahim...

Memang dah lama saya mencari kasut sukan tidak bertali sebab saya rasa leceh setiap kali tali yang diikat menjadi longgar dan terburai semasa tengah berjalan.

Jadi bila saya jumpa kasut sukan berzip di kedai Bata (ya, saya pelanggan setia Bata), terus saya beli sepasang. Dijual dalam dua warna iaitu pink dan biru. Biasalah, bila nak beli apa-apa, kita suka dapatkan pandangan kedua sama ada daripada ahli keluarga ataupun kawan-kawan. Kadang-kadang bukan ikut pun pandangan itu tapi sekadar untuk memuaskan hati sahaja. Oleh sebab saya pergi berseorangan, saya WhatsApp MakTeh untuk membuat pilihan warna.

Jawapan MakTeh memang menusuk kalbu,

"Biru. Pink hanya untuk mereka yang berusia 30an ke bawah sahaja."

Cis. Mujur juga saya memang tidak minat warna pink. Memang dari awal berhajat nak beli warna biru.

Ok, lepas ini kena kembali aktif jogging sebab dah ada motivasi baru.


2 comments:

ilass said...

motivasi baru??
Apekah??

Btw, hari2 aku jogging tepi tasik putrajaya, kalo tak hujan.
Tapi, kalo tak sempat joging...alternate ngn swimming!
hidup mesti cergas... yo!

Anonymous said...

hahah..menarik kasut tu. but i will definitely choose PINK!! awet muda gituuuu... hihihihi

-mimi-