Projek Pembinaan Surau An-Nur

Projek Pembinaan Surau An-Nur

Rakan Seperjuangan

Monday, February 25, 2013

Satay Station Ampang

Bismillahirrahmanirrahim...

24 Februari 2013 - Saya dan MakTeh singgah di situ sewaktu dalam perjalanan ke Batu Caves. MakTeh menyuarakan hasrat untuk makan mee rebus dan saya hanya mengikut sahaja. Sebelum ini kami pernah juga ke situ dan pada waktu itu saya sudah merasakan yang harga secucuk sate yang dijual adalah sangat mahal iaitu RM1.

Kali ini tanpa banyak soal saya dan MakTeh memesan mee rebus dan 10 cucuk sate. Sedikit kecewa apabila ramuan mee rebus tidak seperti dahulu lagi iaitu tiada daging rebus. Usai menghabiskan mee rebus, kami tidak larat untuk menghabiskan sate lalu dibungkus sahaja. Lalu kami ke kaunter untuk menjelaskan bayaran. Mahalnya! RM38.70 untuk 2 mangkuk mee rebus, 10 cucuk sate dan 2 gelas air suam. Malas untuk bertanya perinciannya, kami terus menjelaskan bayaran dan berlalu. Tiba-tiba saya terpandang senarai harga te yang ditampal, secucuk RM1.20. Rupa-rupanya dah naik harga lagi. MasyaAllah. Sah itu kali terakhir saya ke situ. Melampau betul harganya. Baik saya beli sate 50 sen secucuk di Bandar Tasik Selatan. Lagi puas hati.




7 comments:

Uncle Lee said...

Hi, saya suka mee rebus....da lama ta'makan....with lots of green chillies and tau gay.
Love the pic of the mee rebus, looks very sedap.
Lee.

Carrie-Ma said...

Hi uncle lee,

Sama taste kita :)
Saya pun suka banyak cili hijau dan tauge.
Rasa yang saya makan ini memang sedap tapi kurang bahan.

GrimlyGeekyGirlNext Door said...

Hampir RM20 seorang, memang mahal harganya.

Anonymous said...

satay station ni mmg bodoh melampau la price dia. price tak masuk akal. aku dh buat aduan kat kementerian pengguna. bodoh nk mampus la.

kalau nk untung pun budget2 la. lama2 pelanggan lari la. bodoh!

kalau ikutkan aku, aku pggl geng2 aku bakar semua branch satay station ni. kedai mkn bodo org kata.

Anonymous said...

Satay station melampau cekik darah

fandydahalan said...

Terlampau mahal. Sebab tu melayu susah maju

fandydahalan said...

Terlampau mahal. Sebab tu melayu susah maju