Projek Pembinaan Surau An-Nur

Projek Pembinaan Surau An-Nur

Rakan Seperjuangan

Monday, January 14, 2013

Tertunailah Hajat Di Hati

Bismillahirrahmanirrahim...

13 Januari 2013 - Sudah beberapa kali kami merancang untuk menjamu selera di sini namun tidak kesampaian. Alhamdulillah usai urusan di Puchong, kami berkonvoi 3 buah kereta menuju ke Restoran Ana Ikan Bakar Petai di Bandar Baru Bangi. Kami tiba di situ sekitar jam 7 malam dan kelihatan begitu ramai pengunjung memenuhi meja tetapi nasib kami baik kerana masih ada ruang buat kami. 

Tanpa berlengah, kami terus memilih ikan, udang, ketam, pari dan lala untuk dimasak dengan pelbagai pilihan citarasa. Sementara menunggu masakan dihidang, kami mengambil peluang untuk solat Maghrib di surau yang disediakan di situ. Usai solat, hidangan sudah siap dan perut juga sudah lapar. Tanpa banyak soal, kami terus menikmatinya. Ini merupakan kunjungan saya yang kelima ke sini tetapi entah mengapa saya merasakan kualiti masakannya sedikit berbeza berbanding kunjungan sebelum ini. Kali ini ia seperti ada sesuatu yang kurang dan agak tidak menepati citarasa. Pun begitu, hidangan tetap licin dihabiskan oleh kami. 


Tugasan pertama, memilih makanan laut

Pelbagai jenis ikan sedia untuk dipilih

'Inilah hasil tangkapan saya,' kata MakTeh

Udang dan sotong, menu wajib

Menunggu giliran untuk dimasak

Pilih jangan tak pilih

Tekun membuat pesanan

Qaisara pun tidak sabar untuk menikmati hidangan hehe

Kerabu mangga yang mengecurkan air liur

Sedia untuk disantap

Alhamdulillah licin

Akhirnya, tertunai juga hasrat untuk membawa keluarga menjamu selera di sini. Harganya juga berpatutan dengan jumlah hidangan yang kami makan dan ia dikongsi bersama :). Apa yang penting? Kerjasama!

No comments: