Projek Pembinaan Surau An-Nur

Projek Pembinaan Surau An-Nur

Rakan Seperjuangan

Thursday, January 10, 2013

Jalan Penyelesaian

Bismillahirrahmanirrahim...

Akhirnya, selepas puas meneroka mencari jalan penyelesaian kepada permasalahan mengemaskini blog menggunakan blogger sebelum ini, saya sudah menemui jawapannya. Lega kerana saya dapat kembali mengemaskini blog dengan menggunakan tapak asal. Ok, apa yang saya buat? Hanya 5 langkah mudah diperlukan dan saya dapat idea ini selepas teringatkan tindakan saya menambah nama adik-beradik yang boleh mengemaskini blog keluarga.

Langkah 1: Saya daftar satu akaun e-mel Gmail baru atau boleh menggunakan mana-mana e-mel sedia ada (Yahoo/Hotmail dll) selain daripada e-mel asal. 

Langkah 2: Kemudian saya ke dashboard blog dengan menggunakan e-mel lama dan klik pada butang 'setting'.


Langkah 3: Seterusnya, saya klik 'add author' dan kedudukannya adalah seperti ditunjukkan anak panah berwarna merah.



Langkah 4: Buka e-mel baru dan klik pada invitation link yang diterima.




Langkah 5: Perhatikan e-mel yang baru ditambah tadi akan tersenarai di dalam blog. Sekarang kemaskini blog boleh dibuat dengan menggunakan alamat e-mel dengan kuota yang baru.


Alhamdulillah. Sekarang saya dalam proses memindahkan beberapa entri yang telah dimuatnaik di blog baru menggunakan wordpress.com sebelum ini.

Buat blogger Haji Zainal, semoga langkah-langkah ini dapat menyelesaikan permasalahan tuan juga :)

No comments: