Projek Pembinaan Surau An-Nur

Projek Pembinaan Surau An-Nur

Rakan Seperjuangan

Tuesday, January 15, 2013

Imsonia?

Bismillahirrahmanirrahim...

Dari dulu lagi saya memang bermasalah dengan waktu tidur yang kurang teratur. Selalunya saya akan mengalami rasa mengantuk yang amat sangat sekitar waktu Maghrib. Kadang-kadang saya akan tertidur sambil memakai kain telekung dan akan bangkit semula sekitar jam 4-5 pagi untuk menunaikan solat Isyak. Jika saya menahan rasa kantuk itu dan berjaya melepasi jam 12 tengah malam, rasa mengantuk itu akan terus hilang malah tiada langsung walau sepicing pun. Lebih menghairankan saya menjadi lebih produktif sekitar jam 1 - 3 pagi. Apabila waktu sudah memasuki jam 3 pagi, saya jadi bimbang untuk melelapkan mata kerana risau akan terlepas solat Subuh pula.

Kadang-kadang saya bukan sengaja ingin tidur lewat tetapi kerana terlalu ralit membuat kerja sehingga tidak sedar waktu melepasi jam 12 tengah malam.

Saya pernah terbaca artikel yang mengatakan bahawa tidur yang tidak cukup turut menyumbang kepada pendeknya usia. Malah saya juga bimbang tahap kesihatan akan terganggu tetapi tabiat ini bukan baru-baru ini sahaja terjadi sebaliknya sejak saya berada di alam persekolahan menengah lagi.

Saya sendiri kurang pasti sama ada apa yang saya lalui ini boleh dikategorikan sebagai imsonia atau tidak. Sering juga saya bercita-cita untuk menyusun kembali kelaziman waktu tidur agar menjadi lebih bermutu iaitu sekitar jam 10 malam tetapi masih gagal.

Aduhai mata, pejamlah walau seketika cuma. Semoga hari esok lebih baik daripada hari ini, in sha Allah.

5 comments:

Schajar McFlurry said...

Salam. Waktu tidur utk dewasa sekadar 4-5 jam sudah cukup jika tidur yg selesa. seelok2nya 6 jam. hopefully awk boleh tidur dengan nyenyak :)

p/s: saje jalan2 blogwalking.

Cahaya said...

sama mcm saya... waktu pukul 12-3 atas memang waktu 'berjaga'. dikatakan orang yang tidak mengantuk pada waktu ini mempunyai aura diri berwarna putih atau pink kerana sifat alam ketika ini bersifat putih dan berubah kepada pink sekitar jam 1, indigo jam 3 dan kembali gelap jam 4. manakala dari magrib hingga jam 12 alam bersifat hitam/gelap yang sememangnya tidak sinonim dengan manusia..

Karimah Abdullah said...

Schajar McFlurry,

Terima kasih kerana singgah. Salam perkenalan :)

Alhamdulillah pagi tadi lepas Subuh berjaya tidur juga sekejap. Sebenarnya kalau dapat tidur yang sempurna, 2 jam pun sudah memadai bagi saya tapi rasa mengantuk tidak ada langsung, memang rasa tertekan.

Karimah Abdullah said...

Cahaya,

Oh macam tu ke? Siap adad kajian aura ye. Saya baru tahu hehe. Saya tidak pasti sama ada tabiat ini elok untuk saya atau tidak. Satu2nya tempat yang saya rasakan paling selesa dan dapat tidur lena adalah tilam di kampung. Memang kalau letak kepala, terus lena.

Cahaya said...

HA HA... saya pernah post pasal tidur ni... sebenarnya tak kira panjang mana kita tidur otak kita cuma perlu rehat 45 minit je... mungkin boleh ambil sikit tips kat sini... see at here http://indahnyacahaya.blogspot.com/2012/04/45-minit-yang-sempurna.html