Projek Pembinaan Surau An-Nur

Projek Pembinaan Surau An-Nur

Rakan Seperjuangan

Tuesday, January 15, 2013

Hikmah Memenuhi Undangan

Bismillahirrahmanirrahim...

6 Januari 2013 (Ahad) - Pada mulanya hati saya berbelah bahagi sama ada untuk memenuhi undangan Marhani dan suami ke majlis tahlil serta sambutan hari lahir anak mereka atau memfokuskan masa untuk mengulangkaji pelajaran. Ini kerana saya perlu membuat persediaan untuk persembahan tesis pada 7 Januari dan seterusnya menduduki ujian bertulis pada 8 Januari. Namun hati kecil saya berbisik agar mencuba sedaya upaya untuk memenuhi undangan itu sebagai tanda meraikan kegembiraan mereka malah menerima undangan tersebut juga merupakan satu penghargaan buat saya. 

Majlis dijadualkan akan bermula seawal jam 12.30 tengah hari namun saya hanya bertolak ke rumah mereka yang terletak di dalam kawasan kuarters Kementerian Pertahanan selepas menunaikan solat Zuhur. Cadangnya saya hanya ingin menunjukkan muka sahaja kerana kerisauan untuk berhadapan dengan peperiksaan masih bersarang di hati saya. Sebaliknya apabila tiba di sana, saya jadi ralit menikmati hidangan air tangan ibu Izali (suami Marhani) yang sungguh menyelerakan. 

Kek hari lahir yang sungguh menarik

Bersama si kacak Izz Iskandar

Tanpa dirancang, saya telah berkenalan dengan salah seorang jiran Marhani sewaktu sedang menikmati keseronokan kanak-kanak meraikan hari lahir Iskandar. Kenalan baru saya itu, Puan Siti Norlela Alwi merupakan salah seorang tenaga kerja (pakar nutrisi) di Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia (National Kidney Foundation). Serius, seumur hidup saya ini merupakan kali pertama saya mendapat tahu tentang kewujudan yayasan ini. Sempat juga saya menerima pelbagai tips berkaitan penjagaan buah pinggang daripada beliau  yang tampak lebih muda dari usia sebenar. Beliau turut berpesan kepada saya agar lebih prihatin dengan tahap kesihatan kerana mempunyai sejarah ahli keluarga yang meninggal kerana sakit buah pinggang. Tanpa disedari, hampir 1 jam kami berbual dan niat asal saya untuk hanya menunjukkan muka akhirnya gagal kerana saya tinggalkan majlis sekitar jam 5.30 petang. 



Mungkin ini hikmah di sebalik tindakan saya 'mengorbankan' waktu ulangkaji namun saya tidak sedikit pun menyesalinya. Selain dapat memenuhi undangan sahabat, saya juga mendapat kenalan dan ilmu baru di samping dapat menikmati hidangan makanan yang cukup menyelerakan. 

Buat Marhani dan suami, semoga rezeki kalian berdua semakin bertambah dan diberkatiNya jua. Buat Iskandar pula, semoga membesar menjadi anak yang soleh dan berbakti kepada kedua ibu bapa. 

1 comment:

HaNiE said...

tq for the doa and tq for coming and helping me around.. ko memang pandai membawa diri walaupon tuan rumah sangat busy hehehe thanks again.. btw ikan2 telah selamat di alam lain tapi aku tak bagi makan roti tau cuma mungkin umur mereka tak panjang, now izz sibuk nak bela burung dalam akuarium ko tu.. canner?!!! poning aku